Saturday, November 27, 2010

ADAKAH INI AKU..?

Assalamualaikum n salam sejahtera seme...


TAHAN MENDERITA KEPAHITAN HIDUP SEHINGGA PENDERITAAN MENJADI KEKAYAAN ADALAH BAHAGIA..,

KENAL AKAN KEINDAHAN DAN SANGGUP MENYATAKAN KEINDAHAN ITU KEPADA ORANG LAIN ADALAH BAHAGIA...

- HAMKA -


Kata-kata yang membuat aku terfikir sejenak...maksud yang sangat beerti dan mendalam untuk dihayati....ADAKAH INI AKU..??kenapa perlu begini...?kedua-duanya kalau dipandang secara kasar...hanya memberi keuntungan kepada sebelah pihak sahaja...

TAPI

jikalau diperhati dan diperinci maksud tersebut secara mendalam sebenarnya ia menguntungkan kedua-dua belah pihak..terutama kepada diri kita sendiri...

SEBAB APA..?

sebabnya jika kita sanggup berkorban dan dan kuat menghadapi dugaan hidup...sebenarnya akan memberi kita kelebihan dan kekuatan yang luar biasa berbanding orang lain...

MAKSUDNYA..??

maksudnya..kita telah berjaya menghadapi segala dugaan sehingga kita mencapai kebahagiaan diri yang teramat sangat...sebagai contoh jika kita berjaya memenagi anugerah,hadiah atau mendapat penghargaan di atas usaha dan pengorbanan..,bukankah itu satu kejayaan yang amat membahagiakan dalam hidup...kita akan berasa sangat puas...

APA KAITAN PULA DENGAN ORANG LAIN..?

dengan kejayaan td..ini sedikit sebanyak akan memotivasikan diri org lain untuk turut sama mengikut atau menjadikan kita ROLE MODEL mereka..

TAPI INGAT..!!

bukan semua orang akan suka dengan kejayaan dan kelebihan kita...pasti ada segelintir yang iri hati dan tidak berpuas hati terhadap kita. Oleh itu kita kena bijak mengawalnya.Jangan menjadikannya sebagai satu malapetaka bagi kita atau menyebabkan diri terasa terancam. Jadikan sebagai satu cabaran dan dugaan kerana jika kita berjaya mengawalnya itu memberikan kita satu KEPUASAN, KEKAYAAN dan KEBAHAGIAAN yang teramat sangat.

JADI...

bagi aku..aku sangat bersetuju dengan kata-kata tersebut. Walaupun kita terpaksa berkorban demi orang lain..InsyaALLAH..ALLAH akan membalas pengorbanan kita itu dengan satu ganjaran dan nikmat KEBAHAGIAAN dan KEKAYAAN hati dan jiwa yang teramat sangat..

Assalamualaikum..adios...chao...=)

Friday, November 26, 2010

....GAMBATTE...

Assalamualaikum n salam sejahtera seme....
" ALWAYS BELIEVE THE BEST YOU CAN BE..,
AND HAVE FAITH IN THE THING YOU CAN DO.."
Kata-kata yang memberikan semangat dan memotivasikan aku....ye r...kadang-kadang aku agak kurang yakin dan kurang pengetahuan dalam mengerjakan kerja2 di tempat kerja...termasuk ada kalanya dalam kehidupan seharian...
TAPI
aku akan cuba yang terbaik dan akan sentiasa berusaha untuk mencapai tahap yang terbaik dalam kerja dan kehidupan seharian aku....teringat satu kata-kata..:
" JIKA HARI INI LEBIH BURUK DARI HARI SEMALAM..CELAKALAH KAMU...
DAN JIKA HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM..MAKA BERBAHAGIALAH KAMU " (lebih kurang r)
so buatlah yang terbaik untuk diri sendiri..keluarga..agama bangsa dan negara...hehehe...
k r..nak balik semayang jumaat..
assalamualaikum...adios chao...=)

Thursday, November 25, 2010

........ T_T ...........

Assalamualaikum......n salam sejahtera seme...

Emm...nie td aku time aku ngah duk sje2 pas keje..ushar2 r gak internet...bace artikel2..
ngah2 duk ushar..tetibe terushar r satu artikel nie...tp betol ke...??hurmm...
-------------------------------------------------------------------------------------------------

10 ciri-ciri lelaki yang sedang jatuh cinta pada seseorang :

Memberikan lebih perhatian.

Si jejaka akan memberikan perhatian yang lebih terhadap kamu berbanding orang-orang lain. Biasanya, rakan-rakan kamu akan lebih terasa situasi ini daripada kamu sendiri. Misalnya, di saat kamu sedang menggigil kedinginan ketika cuaca sedang sejuk, dia akan menjadi orang pertama yang menawarkan jaketnya untuk kamu. Di saat kamu sedang sakit, dia akan menjadi orang pertama yang menawarkan bantuan atau membelikan kamu makanan.

Meluangkan masa untuk kamu.

Si jejaka yang mencintai kamu selalu ingin sentiasa berada dekat dengan kamu. Hal ini akan jelas terlihat, apatah lagi kalau dia sanggup meluangkan waktunya untuk sesuatu yang dia sebenarnya tidak suka lakukan. Padahal kamu tahu yang dia sebenarnya tidak suka membeli-belah, tapi dia tetap meluangkan waktunya untuk menemani kamu untuk berbelanja di pusat membeli-belah misalnya.

Menerima kamu apa adanya.
Lelaki yang mencintai kamu selalunya menerima kamu seadanya. Tak kisah lah kamu gemuk ke, berbau ke, ataupun tidak cantik di mata orang ke, dia masih menerima kamu dan tidak menyuarakan apa-apa tantang kamu untuk merubahnya. Bagi dia, itulah keunikan kamu.

Lebih romantis terhadap kamu.

Orang yang sedang jatuh cinta sama kamu, dia pasti akan lebih romantis bersama kamu. Contohnya, dia mungkin akan mengirimkan sms seperti “Selamat pagi”, “Selamat malam”, “Selamat tidur”.

Ingin mengetahui segalanya tentang kamu setiap saat.

Si lelaki ini selalu saja ingin mengetahui kegiatan kamu seharian. “Macam mana hari ni kat kolej?” atau mungkin “Ada aktiviti apa nanti?” Semuanya itu adalah hal-hal yang dia ingin tahu tentang kamu, kegiatan kamu sepanjang hari, mahupun untuk aktiviti yang akan kamu lakukan.

Selalu mengingati hal-hal kecil tentang kamu.

Lelaki yang mencintai kamu selalu mengingat setiap kata-kata yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya kepada dia. Tapi dia akan ingat akan hal-hal kecil yang kamu katakan mahupun lakukan.

Selalu menganggap kamu adalah satu-satunya wanita yang hanya untuknya.

Lelaki tidak akan mendekati perempuan lain jikalau dia sedang jatuh cinta terhadap kamu. Lelaki yang melirik perempuan lain tidak mungkin sedang jatuh cinta, lelaki itu sebenarnya keliru. Setiap kali dia ingin keluar makan, dia selalu menelefon kamu, mengajak kamu. SMS dari kamu selalu dia akan simpan dan akan memadam sebarang SMS dari orang lain jika inbox dia sudah penuh.

Tidak akan mudah menjanjikan sesuatu kepada kamu.

Lelaki yang mencintai kamu tidak akan mudah untuk membuat janji. Dia akan lebih hati-hati untuk menyiapkan semuanya untuk kamu. Jika dia tidak yakin akan sesuatu, dia tidak akan begitu mudah untuk menjanjikannya. Bukan kerana dia adalah lelaki yang tidak boleh dipercayai, tapi dia ingin kamu mempercayainya. Dia sedang berhati-hati supaya tidak mengecewakan kamu.

Tidak akan mahu menyusahkan kamu.

Kamu sedang memerlukan sesuatu, dia akan selalu menawarkan bantuan untuk kamu tanpa kamu minta. Dan jika kamu sedang di dalam kesusahan, dia akan mencari jalan untuk meringankan beban kamu. Dia akan menyuruh kamu supaya tidak merisaukan apapun kerana dia telah memikirkan penyelesaiannya untuk kamu.

Tidak punya alasan untuk mencintaimu

“Kenapa kamu sayang aku?” Lelaki yang mencintaimu tidak akan begitu mudah menjawab persoalan mengapa dia mencintai kamu. Cinta itu bagaikan sesuatu yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata tetapi hanya dapat dirasakan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Adakah benar..??Coz di waktu dan ketika ini aku da mula memiliki kesemua ciri2 di atas...haishh...
dan di saat ini AKU SANGAT MERINDUI DIA....T_T
salam...adios chao...... =)

Wednesday, November 10, 2010

NAK MINTAK KOMEN @PANDANGAN @ CADANGAN KORANG..BLEYH..??

Assalamualaikum n salam sejahtera seme....

Aku nak mntak pandangan..ulasan..cadanagan or pape jek r komen dari korang...

tentang...


" ADAKAH PERSEPSI DAN MENTALITI PEKERJA AKAN BERUBAH TERHADAP MAJIKAN JIKA MELIBATKAN SOAL GAJI...??ADAKAH PEKERJA AKAN BEKERJA SEBAIK MUNGKIN JIKA DIBERI GAJI YG BERPATUTAN..??DAN JIKA GAJI YG DIBERIKAN XSEPERTI YANG DIHARAPKAN..ADAKAH WAJAR PEKERJA MEMBUAT KERJA DENGAN SAMBIL LEWA ATAU BERPATUTAN DAN ALA KADAR JEK DENGAN GAJI YG DITERIMA..??? "

harap bri komen yg berkenaan...

k r..salam...adios..chao..=)

Sunday, November 07, 2010

DEPARTMENT BARU...

Assalamualaikum n salam sejahtera seme...

Entri kali nie aku nak citer pasal department baru...
Aku telah ditukarkan ke department MAINTENENCE..from department AKUAKULTUR..
Dalam deparment nie..aku ditugaskan menjadi incharge person r..pape yg berkaitan ngan maintenence..seme dibawah penyelenggaraan aku..
Aku akan memulakan tugas nie pada esok hari..(8 nov 2010..senin)..

Bagi aku department nie agak mencabar r sket..(bukan sket..tp bnyak)
So skunk nie aku da mle da wat perancangan...yang berkaitan..
walaupun aku da lame tau gerenti lagi pasti ada cabaran dan halanganyg bakal mendatang..lebih2 agi apabila melibatkan KOS..!!

KOS..KOS..KOS...sesuatu yg agak subjektif..krana melibatkan turun naik harga barangan dan kos2 len..dan aku akan cube meminimumkan kos (secara bersesuaian dan memenuhi citarasa)..disamping meningkatkan keuntungan kepada syarikat amnya dan ANAK BUAH aku..khususnya..

Hopefully kita akan bersama2 bergandiang bahu..dan bantu membantu antara satu same lain..gunakan kelebihan masing2 dan saling bertukar dan berkongsi ilmu yg dimiliki..dan yang lebih penting..SALING MEMAHAMI,MENGHORMATI DAN BERSEPAKAT dalam melaksanakan tugas yg diberikan...semoga kita dapat melaksanakan tugas dengan baik dan berkesan..INSYAALLAH..

Dan aku sebagai ketua akan cube sedaya upaya aku untuk melaksanakan tugs g diamanahkan dengan sebaik mungkin.dan aku akan cube fight untk medapatkanbalik hak kita yg sepatutnya kita dapat..

oOK..tu jek..salam..adios chao..!! =)

Thursday, November 04, 2010

HURMMM....

Assalamualaikum n salam sejahtera seme...

Lame da aku xupdate blog aku nieyh...
Lame xdengar citer n bertanye khabar geng2 blog aku..
Maknenyer..???XDE maknenyer..hahaha..gurau jek..
Hopefully seme geng2 blog aku sihat dan happy sokmo..

Saje jek aku post blog aku nieyh...
mengisi mase lapang yang ngah lapang nieyh...
sebelum sibuk n xde mase nak berblog...haish..
sebab pe..??KERJA KERJA n KERJA r....

hurm..
tetibe jek aku teringat kat seseorang...

" WEH.. AKU RINDU R KAT KO...HUHU =) "


Ok r....tu jek idea yg aku de wat mase nie..hahahaha...=)
Nnti de mase terluang lg free n berkesempatan tuk berblog...aku update ek geng...!!
ok..salam..adios chao..!! =)