Friday, September 23, 2011

OOOoooo000....baru taw..

Assalamualaikum n salam sejatera seme...

Harinie hari jumaat...23 sept 2011...

jom kite view pe sejarah yang berlaku pada tarikh nie..

ROMBONGAN SULTAN MELAKA MENGUNJUNGI MAHARAJA CHINA-Tarikh Peristiwa pada 23-09-1419

Pada hari ini dalam tahun 1419, rombongan Sultan Melaka telah mengunjungi Maharaja China di Peking. Kunjungan ini merupakan kunjungan kedua bagi Megat Iskandar Shah atau Parameswara ke negeri tersebut. Tujuan utama kunjungan tersebut adalah untuk memberitahu Maharaja China tentang pencerobohan dan ancaman Siam ke atas Melaka. Di samping meminta supaya negeri China memerintahkan Siam memberhentikan pencerobohan tersebut. Sebenarnya sejak sebelum pembukaan Melaka lagi Siam dan Majapahit sama-sama mendakwa menguasai Semenanjung Tanah Melayu. Namun begitu Siam lebih ketara mengancam keselamatan Melaka sejak pembukaannya.

Oleh itu apabila Laksamana Yin Ching mengunjungi Melaka dalam tahun 1403 kunjungan tersebut disambut baik oleh Parameswara. Kunjungan ini juga merupakan detik permulaan hubungan antara negeri China dengan Melaka. Hubungan ini dieratkan lagi dengan kunjungan utusan Parameswara ke negeri China dalam tahun 1405. Dalam kunjungan ini negeri China mengakui secara rasmi bersahabat dengan Melaka. Di samping itu, Maharaja China mengurniakan sebuah cap mohor, pakaian dari sutera dan sekaki payung kuning kepada Parameswara.

Buat pertama kalinya, dalam tahun 1411, Parameswara bersama kerabat dan pembesarnya telah berangkat ke negeri China. Lawatan ini juga merupakan sebagai amaran kepada Siam. Dengan jaminan ini, Parameswara mula menumpukan usaha memajukan Melaka untuk menjadikannya sebuah pusat perdagangan. Usaha ini menampakkan hasil kerana kedudukan Melaka yang strategik dari segi ilmu alam. Memandangkan Melaka berkembang dengan pesatnya Siam kembali mengancam semula. Oleh itu pada hari ini dalam tahun 1419, Parameswara sekali lagi berangkat ke negeri China dengan memakai gelaran Megat Iskandar Shah setelah memeluk Islam. Hasil dari lawatan tersebut China telah mengeluarkan perintahnya dan Siam tidak lagi menceroboh Melaka.

Semenjak dari itu Melaka terus berkembang sebagai pusat perdagangan yang penting dan mencatatkan sejarah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.


Kerajaan Arab Saudi Berdiri

Tanggal 23 September tahun 1932, Kerajaan Arab Saudi berdiri dengan raja pertamanya Abdul Aziz bin Saud. Pada abad kesembilan masehi, semenanjung Arab terlepas dari kekuasaan Bani Abbasiyyah. Sejak saat itu, situasi di seluruh kawasan itu selalu tidak stabil. Pada abad ke-16, kawasan Arab dikuasai oleh Kesultanan Utsmani. Sejak pertengahan abad ke-17, keluarga Al-Saud memulai upayanya untuk menguasai kawasan Jazirah itu dan upayanya itu mencapai klimaksnya d awal-awal abad ke-20.
Saat Perang Dunia Kedua berlangsung, keluarga Al-Saud membangun hubungan yang sangat baik dengan Inggris. Setelah berakhirnya perang tersebut, yang disertai dengan bubarnya kesultanan Utsmani, secara keseluruhan Arab meraih kemerdekaannya. Saat itu, ada dua kekuatan besar di Semenanjung Arab, yaitu keluarga Al-Saud dan Syarif Husein bin Ali yang menjadi penguasa Kota Mekah. Terjadilah peperangan antara keduanya yang berakhir dengan kemenangan keluarga Al-Saud. Sejak saat itulah, keluarga Al-Saud menancapkan kekuasaannya di seluruh Semenanjung Arab.
Arab Saudi terletak di Asia barat dan memiliki luas 2.240.000 kilometer persegi. Negara ini berbatasan dengan Irak, Yordania, Yaman, Oman, Kuwait, Qatar, dan Uni Emirat Arab.

PEMBUKAAN PENGKALAN FERI DI PULAU PINANG-Tarikh Peristiwa pada 23-09-1959

Pada hari ini 23.9.1959, dua buah Pengkalan Feri yang terletak di Pulau Pinang dan Butterworth telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu dengan diberi nama Pengkalan Raja Tun Uda di Pulau Pinang dan Pengkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth. Perkhidmatan Feri merupakan projek pertama yang diberikan keutamaan oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang memandangkan betapa pentingnya perhubungan, terutamanya perdagangan ditingkatkan di antara Pulau itu dengan tanah besar.

Pada tahun 1957 perkhidmatan feri 'Pulau Pinang' mula dilancarkan iaitu feri penumpang dan pembawa kenderaan jenis besar di samping feri-feri lama. Namun begitu perkhidmatan ketika itu masih lagi tidak dapat menampung keperluan orang ramai untuk perjalanan ulang-alik dari Pulau Pinang ke Butterworth dan sebaliknya. Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang mula menjalankan usaha memperbaiki perkhidmatan feri untuk memberi kemudahan kepada penumpang-penumpang dan kenderaan. Untuk tujuan tersebut pada awal tahun 1959 empat buah feri iaitu feri-feri Pulau Aman, Pulau Langkawi, Pulau Pangkor dan Pulau Tioman telah memulakan perkhidmatannya.

Dan pada hari ini dalam tahun 1959 dua buah pengkalan feri iaitu Pengkalan Raja Tun Uda dan Pengkalan Sultan Abdul Halim telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan sempurna. Kedua-dua pengkalan tersebut memulakan perkhidmatannya pada 1 Oktober 1959. Dalam ucapan perasmiannya YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memaklumkan bahawa beliau menamakan pengkalan baru Pulau Pinang dengan nama Raja Tun Uda, iaitu Gabenor Pulau Pinang yang pertama ialah untuk menghormati dan menghargai perkhidmatan beliau yang cemerlang di Pulau Pinang, manakala pengkalan baru di Butterworth dinamakan Pengkalan Sultan Abdul Halim adalah sempena mengambil nama Baginda Sultan Kedah Darul Aman, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badli Shah. Dari segi sejarah, Pulau Pinang dan Seberang Perai pada asalnya, sebelum dirampas oleh penjajah Inggeris adalah hak dan jajahan Negeri Kedah dan dengan itu adalah kena pada haknya dinamakan pengkalan itu kepada nama Baginda Sultan.

Sesungguhnya dengan pembukaan dua buah pengkalan tersebut pada hari ini dalam tahun 1959, diharap akan dapat meningkatkan lagi ekonomi dan perdagangan kedua-dua pengkalan tersebut di samping memberi kemudahan-kemudahan yang lebih baik dan sempurna kepada rakyat setempat khasnya dan negara amnya.

p/s : sebenarnye xtaw pe mende nak post..hehe..=p

k r..selamat membaca..huhu..

Assalamualaikum..adios..chao..=)

No comments:

Post a Comment