Thursday, May 19, 2011

Hubungan Percintaan...

Assalamualaikum n salam sejahtera seme...

Harinie aku nak berkongsi sedikit mengenai..satu daripada 40 nasihat Saidina Ali Ibni Abi Talib k.w.j di dalam kitab Nahjul Balagh oleh Saidina Ali Ibn Abi Talib dan kitab Al-Bayan Wattabyeen oleh Al-Imam Abu Othman Amru Ibn Bahr Al-Jaahidh r.a iaitu....:

" TIDAK ADA PERCINTAAN DENGAN SIFAT YANG BERPURA-PURA "

Seperti yang kita ketahui, dalam sesuatu perhubungan mesti ada rasa cinta/percintaan...tidak kira samada hubungan tu manusia sesama manusia ke..hubungan manusia dengan alam sekitar ke..manusia dengan haiwan ke..dan juga hubungan manusia dengan Penciptanya..semua tu mesti ada sifat kasih sayang dan cinta di dalam hubungan tersebut...

Di dalam hubungan percintaan manusia sesama manusia..sifat telus dan ikhlas dalam sesuatu perhubungan itu mestilah wujud agar tiada sifat kepura-puraan atau hipokrit di dalam diri manusia itui sendiri...klu adanya sifat ini didalam salah seorang daripadanya mesti kita tidak akan percaya dan tidak senang dengan setiap apa jua perlakuan..maka timbullah syak wasangka dalam diri yang akan merosakkan perhubungan itu sendiri..

Begitu juga hubungan antara manusia dengan alam dan haiwan...jganlah ada sifat yang berpura-pura dalam hubungan ini..sebelum tu aku nak perjelaskan lg pe yg aku perkatakan..kang korang salah anggap plak kata-kata aku nie..

begini...

setiap haiwan dan tumbuhan serta segala makhluk yang bernyawa..semuanya memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada manusia..sebab pe..sebab Allah swt telah menjadikan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi nie..tetapi sekarang kita sendiri lihat..tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah swt telah disalahgunakan oleh sesetengah golongan yang lupa dan mementingkan diri demi mencapai cita-cita dan keinginnannya..so banyaklah perkara-perkara yang menyusahkan diri manusia itu sendiri diatas kecuaian dan tiada sifat kasih sayang terhadap haiwan dan tumbuhan..sebagai contoh..di salah satu perumahan di malaysia..dia dalm berita ada mengatakan terlalu banyak kera/monyet liar yang berkeliaran dan menetap di kawasan sekitar perumahan..sebab pe..?da sebab kera/monyet tu da xde da tempat tinggal dan habitat asal mereka da musnah..so mereka tumpang r kat perumahan kita..heheh..

dan akhir sekalim dan yang paling penting..hubungan manusia dengan Penciptanya..setiap manusia mempunyai kepercayaan dan agama yang menjadi pegangan hidup mereka..tidak kira agama Islam..Kristian...Hindu..Budha..dan lain2..semuanya mesti percaya adanya Tuhannya..ada Penciptanya...dengan adanya pegangan ini manusia akan dapat hidup dengan lebih aman dan harmoni kerana setiap agama mementingkan keamanan dan kesejahtreraan manusia itu sendiri..

Bagi Umat Islam....hubungan manusia dengan Allah swt sangat dititikberatkan..setiap detik dan saat kehidupan kita kita disuruh sentiasa mengingatiNya..seperti solat 5 waktu..itu adalah salah satu cara kita berjumpa dan menghadap Allah swt dan merupakan amalan wajib yang diperintahkan kepada umat Islam..sebab pe..kerana inilah caranya kita untuk berhubung dan mengadu apa-apa denganNya..tidak kira ketika susah atau senang...termasuk juga perkara-perkara wajib dan sunat yang diperintah dan dituntut kepada kita dan perlu dilakukan dengan niat yang penuh ikhlas dan penuh kecintaan kerana setiap apa yang diperintahkan kepada kita adalah demi kesejahteraan dan kebaikkan manusia itu sendiri..janganlah timbul sifat kepura-puraan di dalam hati kita kerana itu akan merugikan diri kita sendiri...

Akhir sekali..segala percintaan dan perhubungan itu mestilah dilakukan dengan penuh ikhlas..niat yang baik dan penuh dengan kecintaan..tidak kira hubungan sesama manusia..hubungan dengan alam..dan yang lebih penting hubungan manusia dengan Penciptanya..kerana semua itu akan menjadikan hidup manusia aman dan sejahtera sampai bila-bila.

k r..tu jek..

Assalamualaikum...adios..chao..=p

3 comments:

  1. yeahhh..

    termotivasi dan insaf baca entry neh...

    hubungan cinta dengan Allah perlu diutamakan kan...

    baru hubungan kita sesama manusia pun akan di permudahkan Allah..

    ReplyDelete