Saturday, November 27, 2010

ADAKAH INI AKU..?

Assalamualaikum n salam sejahtera seme...


TAHAN MENDERITA KEPAHITAN HIDUP SEHINGGA PENDERITAAN MENJADI KEKAYAAN ADALAH BAHAGIA..,

KENAL AKAN KEINDAHAN DAN SANGGUP MENYATAKAN KEINDAHAN ITU KEPADA ORANG LAIN ADALAH BAHAGIA...

- HAMKA -


Kata-kata yang membuat aku terfikir sejenak...maksud yang sangat beerti dan mendalam untuk dihayati....ADAKAH INI AKU..??kenapa perlu begini...?kedua-duanya kalau dipandang secara kasar...hanya memberi keuntungan kepada sebelah pihak sahaja...

TAPI

jikalau diperhati dan diperinci maksud tersebut secara mendalam sebenarnya ia menguntungkan kedua-dua belah pihak..terutama kepada diri kita sendiri...

SEBAB APA..?

sebabnya jika kita sanggup berkorban dan dan kuat menghadapi dugaan hidup...sebenarnya akan memberi kita kelebihan dan kekuatan yang luar biasa berbanding orang lain...

MAKSUDNYA..??

maksudnya..kita telah berjaya menghadapi segala dugaan sehingga kita mencapai kebahagiaan diri yang teramat sangat...sebagai contoh jika kita berjaya memenagi anugerah,hadiah atau mendapat penghargaan di atas usaha dan pengorbanan..,bukankah itu satu kejayaan yang amat membahagiakan dalam hidup...kita akan berasa sangat puas...

APA KAITAN PULA DENGAN ORANG LAIN..?

dengan kejayaan td..ini sedikit sebanyak akan memotivasikan diri org lain untuk turut sama mengikut atau menjadikan kita ROLE MODEL mereka..

TAPI INGAT..!!

bukan semua orang akan suka dengan kejayaan dan kelebihan kita...pasti ada segelintir yang iri hati dan tidak berpuas hati terhadap kita. Oleh itu kita kena bijak mengawalnya.Jangan menjadikannya sebagai satu malapetaka bagi kita atau menyebabkan diri terasa terancam. Jadikan sebagai satu cabaran dan dugaan kerana jika kita berjaya mengawalnya itu memberikan kita satu KEPUASAN, KEKAYAAN dan KEBAHAGIAAN yang teramat sangat.

JADI...

bagi aku..aku sangat bersetuju dengan kata-kata tersebut. Walaupun kita terpaksa berkorban demi orang lain..InsyaALLAH..ALLAH akan membalas pengorbanan kita itu dengan satu ganjaran dan nikmat KEBAHAGIAAN dan KEKAYAAN hati dan jiwa yang teramat sangat..

Assalamualaikum..adios...chao...=)

2 comments:

  1. carilah kebahagiaan n kejayaan utk dri sendri dahulu...

    ReplyDelete
  2. yup...thats the main and the important thing that i must achieve first..hehehe..anyway..tahnks..=)

    ReplyDelete