Wednesday, May 11, 2011

Insan bergelar IBU..

Assalamualaikum n salam sejahtera seme....

8 Mei ritu...seluruh dunia menyambut HARI IBU....
Hari yang ditujukan khas wat insan yang bergelar ibu..mak..mami..mama..etc..

Ibu adalah seorang insan yang sangat mulia..kerana dia yang melahirkan..membelai..menjaga dan mendidik kita dengan sempurna dan penuh kasih sayang sampai harinie dan sampai bila-bila....tanpa dia kita xkan ada seperti harinie..

Seorang sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, siapa yang paling berhak memperoleh pelayanan dan persahabatanku?" Nabi Saw menjawab, "ibumu...ibumu...ibumu, kemudian ayahmu dan kemudian yang lebih dekat kepadamu dan yang lebih dekat kepadamu." (Mutafaq'alaih).

Semua ibu sangat menginginkan untuk melihat kebahagiaan dan kegembiraan anak-anaknya...walau apa pun pasti anak-anak dia yang diutamakan...dari sejak dilahirkan, dia lah yang menjaga makan minum..menyiapkan pakai baju...memberi kasih sayang...dan mengambil berat hal kita anak-anaknya...kekadang mereka ibu-ibu nie mencurahkan air mata dan keringat untuk menjaga dan membesarkan kita...

Adakah kita ingin melihat ibu-ibu ini menangis dan menitiskan air mata lagi..??jikalau kita membuat ibu kita menangis dan menitiskan airmata kegembiraan dan kejayaan...alangkah bahagianya kita dan hatinya melihat kejayaan itu...namun..jika berlaku sebaliknya...??adakah kita sanggup melihat dan membuat orang yang memberikan banyak jasa dan keringat kepada kita menitiskan airmata dia atas kelakuan buruk kita..??kelakuan yang tidak menyenangkan hati mereka..?kelakuan yang mengguris hati mereka..??HANYA ANAK-ANAK YANG TIDAK TAHU MENILAI DAN MENGENANG JASA IBU MEREKA SAHAJA YANG SANGGUP BERBUAT PERKARA YANG SEDEMIKIAN....

Semalam..di dalam berita ada menyiarkan mengenai peningkatan golongan warga emas (60 tahun ke atas) yang mengidap penyakit 'KEMURUNGAN'..lebih kurang 40% warga emas di Malaysia mengalami masalah ini...hal ini berkemungkinan peratusan mungkin akan meningkat pada tahun-tahun akan datang jika perkara ini tidak ditangani dengan berkesan..

Antara kesan-kesan yang bakal dihadapi oleh golongan yang menghadapi kemurungan ini adalah risiko penyakit gangguan mental atau gila. Perkara ini akan menjadi sangat sangat kritikal jika tidak diselesaikan. Jika hal ini berlaku, ia akan menjadi satu masalah yang besar kepada negara keran memerlukan tempat yang baru untuk tempat rawatan pesakit mental/hospital bahagia.

Ingat x citer 'Hantu Kak Limah'..?? Hal itu berlaku kerana menghidapui penyakit gangguan mental...kerana pe..??jika kita hayati dan perhati dari wal cerita tersebut..ada menceritakan bahawa anaknya jarang bebenor balik rumah menjenguknya..malah orang kampung sendiri jarang mengambil berat terhadap jiran sekampung...disebabkan perkara itu kak Limah nie mengalami kemurungan dan akhirnya mengalami masalah mental dan terpaksa dihantar ke hospital pesakit mental....dan jika diperhatikan cerita tersebut..lihatlah antara sebahagian kelakuan-kelakuan kak limah...walaupun kita tengok kelakuan agak kelakar atau 'x bleyh blah' bak kata org sekarang..tetapi jika kita fikir sejenak..adakah kita mahu mak kita jadi macam tu..??

Nie merupakan punca utama penyakit kemurungan ini berlaku...iaitu KURANGNYA PERHATIAN ANAK KEPADA MEREKA...disebabkan anak anak mereka terlalu sibuk sehingga terlupa untuk mengambil tahu dan ambil berat terhadap ibu bapa mereka..mereka bukannya mahukan wang ringgit atau harta benda..mereka hanya memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada anak-anak mereka...

Bukannya sukar..tetapi diri sendiri yang menyukarkan keadaan..kepada anak-anak yang berada jauh daripada ibu bapa mereka..anak-anak perlulah menjenguk selalu atau sekali sekala bersama mereka...paling kuran pun hubungilah mereka..bertanyakan khabar...sekurang-kurannya dapatlah mereka menghilangkan dan mngubat rasa rindu kepada anak mereka..Kepada anak-anak yang mungkin mengalami krisis atau masalah dengan ibu bapa mereka..dinasihatkan jangan lah memanjangkan perkara itu..tak baik..Bersegeralah bertindak dengan meminta maaf..walaupun hakikatnya bukan kita punca masalah tersebut..tetapi..mengalahlah dengan mereka..tidak salah merendahkan atau membuang ego kita demi memperbaiki hubungan yang renggang dengan mereka..

Di zaman sekarang nie..pelbagai kemudahan dan peralatan yang boleh digunakan untuk berhubung..telefon..internet..dan macam-macam lagi..just kita sahaja yang perlu bertindak dan melakukan perkara yang sebaiknya untuk berhubung dengan mereka..Dengan cara itu dapatlah mereka mengetahui keadaan anak-anaknya walaupun berada di tempat yang berasingan...bak kate pepatah..'WALAU JAUH DI MATA, TETAPI DEKAT DI HATI..'

So nie just pendapat dan pandangan daripada aku untuk dikongsi dan difikirkan korang seme...klu korang nak tengok mak korang happy..buatlah dan lakukan langkah yang pertama dengan segera...INGAT..SYURGA ITU TERLETAK DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU..jangan sampai mereka pergi menghadap Penciptanya baru kita sedar dan menyesal x sudah...

Satu lagi aku nak nasihatkan dan berkongsi sengan korang...PE YANG KITA BUAT PADA IBU BAPA KITA HARI INI AKAN BERBALAS SATU HARI NANTI KETIKA KITA SEMUA BERGELAR IBU BAPA SATU HARI NANTI..JIKA BAIK MAKA BAIKLAH BALASANNYA..JIKA SEBALIKNYA..ANDA PAHAM-PAHAM SENDIRI R...

So if korang nak anak-anak korang nanti memberi kesenangan dan kebahagiaan kepada kita nnti..maka kita sekarang perlu berusaha melakukan dan bertindak ke arah itu sekarang...InsyaAllah...Allah tu Maha Adil....

DIKESEMPATAN INI GAK AKU NAK WISH SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA WANITA YANG BERGELAR IBU TERUTAMANYA PADA MAK AKU YANG TERISTIMEWA..SEMOGA MENDAPAT KEBAHAGIAAN YANG DIINGINKAN DAN MENDAPAT TEMPAT YANG MULIA DI SISI ALLAH SWT..AMIN..

Sampai tu jek..
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL...

Assalamualaikum..Adios chao..

9 comments:

  1. suka baca entry neh...

    tersentuh baca...pendapat ijat bernas la..

    kita kena la hargai ibu bapa kita kan selagi mereka ada....jangan biarkan mereka bersedih kerana kita....

    cian "kak Limah" kan..hehe...

    tetiba teringat dekat mama...ila setiap kali teringat mama,mesti nak menangis tau...

    ReplyDelete
  2. thanks ila..hehehe..

    ijat just memberi pendapat je..ikhlas dari luahan hati..

    just sbgai ingatan dan pengajaran pada diri dan org yang baca entry nie..insyaAllah..

    hehe..ahah..cian 'kak limah'..hihi =p

    ReplyDelete
  3. iya..luahan hati tu yang penting..kerana di situlah timbulnya keikhlasan hati....;-)

    bila berjaohan dgn family..teringat ja dekat mama....T_T

    ReplyDelete
  4. yup..betol3..
    btw..nape ijat x leyh buka blog ila..?

    ReplyDelete
  5. nnt bile dah jd parents baru dpt feel yg sbnr. terharu gitu! hehe.

    ReplyDelete
  6. oooh..ila prvate sekejap...

    ada masalah sikit...hehe...

    ReplyDelete
  7. ijat ijat ijat...

    bila nak hupate entry neh...cepat tulis kata semangat lagi untuk ila hayati n di kongsi bersama..hehe

    ReplyDelete
  8. heheh...baru update..
    ngah bz sket..banyak keje n atas meja nie...baru de kelapangan sikit..heheh..

    ReplyDelete