Monday, September 12, 2011

Lama betol x update...ngeee.. =p

Assalamualaikum n salam sejahtera seme...

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......lame gler x update...

emm..bnyak keje yang kena setlekan...nie saje jek curi2 mase nak update...rest kepala.haha..
sebenarnye xtaw nak update pe..tp nie tulis je r pape yang aku rase nak tulis dan yang terlintas di kepala hotak aku nieyh..heheh

emm..harinie 2-2 bos aku xde..kene attend meeting di putrajaya...tp xleyh nak raye gak coz bnyak keje nak disetlekan..dorang balik nak kene hantar..bnyakkkkk btolll..........nie pun naseb bek penghantaran benih udang ke Kompleks Kolam Akuakultur TKPM-ZIA Kg Pandan 2, Kuantan xsebanyak yang diminta coz kate pembekal benih udang galah bulan nie xbape menjadi..so kenen tggu 2 bulan lg if nak dapatkan benih dia..tp dia akan hantar 100,000 benih udang galah gak in the middle of sept nie..klu ikutkan order 700,000 benih..so yang 100k nie bleyh masukkan dalam kolam yang da sedia untuk beroperasi..tp dalam masa yang sama aku kene siapkan kerja wiring di semua kawasan lbh kurang 35 ekar yang melibatkan 33 kolam yang luasnya 1 ekar/kolam..dan memasukkan peralatan akuakultur seperti paddle wheel, injector, dan autofeeder dahulu..semua tu akan dimulakan xlama lg (secepat yang mgkin sebelum benih masuk) tp buat permulaan perancangan kolam yang betul2 beroperasi mengikut blok2 dan fasa yang telah ditetapkan..target pada tahun nie, permulaan akan beroperasi 10 kolam..tetapi buat masa sekarang terdapat 3 kolam yang telah beroperasi dan dimasukkan benih ikan..iaitu ikan tilapia GIFT (Genetically Improved Farmed Tilapia); 10,000ekor benih , lampam kerai; 15,000 ekor benih dan keli; 100,000ekor benih.

Pada masa yang sama kompleks kolam nie sedang dibersihkan dan akan dibaiki setelah dikenalpasti status kolam samada dalam keadaan baik atau perlu dibaiki..kerja-kerja pembersihan akan disiapkan pada hujung mggu nie..pusat pengumpulan perlu di'upgrade'kan menjadi tempat mini hatchery dan kerja-kerja tersebut sedang dijalankan..tapak pump untuk mengepam air masuk kedalam saliran yang baerkitan juga sedang dijalankan...Pembersihan saliran air masuk dan keluar sudah disiapkan.

Emm...semoga kerja-kerja ini dapat diselesaikan pada masa yang telah ditetapkan untuk dioperasikan sepenuhnya. xlame lg aku kene berkejar pula ke projek yang lebih besar di TKPM-ZIA Pulau Permatang Pauh, Pekan dan Hatchery di Merchong....semoga kerja2 yang diamanahkan kepada aku nie dapat aku laksankan dengan penuh dedikasi, telus ikhlas dan dengan penuh tanggungjawab...agar mendapat kejayaan dan manfaat dan diberkati dalam menjayakan projek ini khususnya pada company aku n diambil manfaat oleh masyarakat sekitar amnya..semoga semua nie dapat dilaksanakan dengn lacar dan berkesan mengikut perancangan...amin..

Emm..jap lg aku nak g makan FREE kat jamuan hari raya Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuantan..dorang jemput datang..so dorang kene serang r jap lg..hahaha..=p

k r...tu jek..

Assalamualaikum..adios..chao..=)

3 comments:

  1. ooo. ade jamuan raya diam2 je eh =p

    ReplyDelete
  2. hahahah...dorang jemput..kene r g..xkan g jamuan raye nak kene bising..kang bising plak org kat sy..=p

    ReplyDelete
  3. sama la ijat...ila pun jarang2 dah update blog...busy la...hehe

    nak pergi jugak jamuan raya....hehe

    ReplyDelete