Tuesday, April 26, 2011

Nasi lemak kantin...

Assalamualaikum n salam sejahtera seme...

Entry kali nie aku nak memberi pendapat dan membincangkan sedikit mengenai isu semasa sekarang yang mana dulu ini bukanlah satu masalah yang besar..TETAPI sengaja dijadikan masalah yang besar sekarang...iaitu berkenaan Penjualan NASI LEMAK di Kantin Sekolah - Punca Kepada Kenaikan Bilangan Pelajar Sekolah Mengalami Obesiti.....

Ok..sekarang dalam dada-dada akhbar, dalam tv, dalam radio, internet dan dll medium penyebaran maklumat kite slalu dengar dan lihat mengenai masalah nie sejak akhir-akhir nie..NASI LEMAK dijadikan alasan dan penyebab kepada OBESITI kpd pelajar sekolah.....!!Orang len pun makan nasi lemak gak der...

Bagi aku r..nasi lemak n ie bukanlah menjadi punca kepada masalah tersebut..tetapi pernah tak dorang pikir apa makanan lain yang dorang bagi kpd anak-anak mereka di rumah..???klu kire dari logik akalnye r...budak2 skolah rendah klu beli nasi lemak..paling bnyak pun dua pinggan jek..tu pun bukan semua..dalam 3-5% peratus jek..n dalam seminggu 5 hari sekolah..kire purata 10 pnggan seminggu..padahal kat rumah entah pe makanan yang di bagi kepada mereka..n kite sedia maklum..peratus budak2 sekolah rendah makan makanan seperti sayur n buah-buahan nie sangatlah sedikit...kalau dorang still argue gak nasi lemak punca obesiti..means that before this da ramai r orang yg obesiti..bertahun-tahun dlu sebelum nie termasuk kita sendiri yang dlu makan nasi lemak gak kat kantin time skolah dlu.....!!

Kemudian..bagi aku..kandungan kalori dan lemak dalam nasi lemak di kantin sekarang tu da semestinya sedikit..sebab dorang kurangkan penggunaan santan...sebab pe..??sebab dorang nak kurangkan kos...ingat aku skolah dlu..makan nasi lemak macam makan nasi putih jek..xrase pe..tu 4-5 thun lepas..sekarang??dengan kos santan nya tinggi..barang2 seme tinggi..xkan dorang nak pakai banyak santan mcam dlu tp harga penjualan same seperti 4-5 tahun lepas..RM1.00 - RM2.00/pinggan...dorang pun nak untung gak...hahaha..

So berbalik pula gaya pemakanan dorang kat umah..pe yang parents dia bagi...??lagi2 zaman sekarang dimana ibu bapa sibuk dengan tugasan kerja..kekadang nak masak sendiri kat umah pun x dan (ckp org pekan yg bermaksud x sempat)...n most of their parents mesti beli or ajak anak-anak dorang makan kat luar..lebih-lebih lagi di fast food restaurant...xpun beli mkanan segera..disini aku bukanlah nak salahkan fast food nie...tetapi setiap ibu bapa perlu pandai dan tahu kesan dan akibatnya jika makanan nie diambil dengan kadar yang bnyak dan x teratur..bukan x bleyh terus makan..tetapi berpada-pada r..sekali sekala x de masalah..aku pun sekali sekala makan fast food nie..

Then let we see about their life style..is it they take some time to do their excersises..??paling koman pun 3jam seminggu...mesti tak nye...sebab dorang lebih suka dok rumah...men game PC..PS..n etc..n satu lagi ibu bape mereka x menggalakkan atau x mengamalkan untuk melakukan excercise nie...harap time Pendidikaan Jasmani di sekolah..x mencukupi..sejam jek..

So disini kite da dapat membuat kesimpulan da mengenai masalah nie...so berbalik pada perbincangan asal..ADAKAH NASI LEMAK JADI PUNCA OBESITI DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH..???

Bak kate pepatah melayu...Tepuk Dada, Tanya Selera
Bak kate nabil..LU PIKIR R SENDIRI...
dan jangan ikut pepatah nie..Kuman Di Seberang Nampak..Gajah Depan Mata X Nampak..

kesian r kat pengusaha-pengusaha Kantin dan nasi lemak..xpasai2 depa dipersalahkan...

so renung-renungkan dan selamat beramal...heheh

k r..tu jek..Assalamualaikum..adios chao..=)

Friday, April 22, 2011

usaha dan sabar...

Assalamualaikum n salam sejahtera seme.....

Tadi terbaca sesuatu yang boleh menjadi peransang,pedoman dan semangat kpd kita...so nak share sesuatu mengenainya tentang sifat sentiasa berusaha dan bersabar....

" SEBELUM DIA MEMBERI KESENANGAN KEPADA MANUSIA, DIA BERIKAN DAHULU KESUSAHAN DAN KERUMITAN....SEMAKIN BESAR KESUSAHAN ITU, SEMAKIN BESAR KESENANGAN YANG TERSEMBUNYI DI BELAKANGNYA.....CUMA KITA PERLU BERUSAHA MENCARI KESENANGAN ITU DAN SENTIASA SABAR MENGHADAPI KESUSAHAN....JADI KITA PERLU BANYAKKAN BERDOA..."

Thats all..semoga perkongsiaan ini dapat memberi sedikit sebanyak semangat..bukan sahaja untuk diri saya sahaja..malah moga dapat memberi semanagat dan peransang kepada anda semua...so..RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL...hehe..

tu jek...assalamualaikum...adios..chao..=)

Thursday, April 21, 2011

WARKAH UNTUK KAMU...

Assalamualaikum n salam sejahtera seme...

khas buat kamu IJAT...!!

ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN......

SETIAP KEPAYAHAN DAN KESUSAHAN PASTI ADA KESENANGANNYA....

KEJAYAAN MASA HADAPAN TAK KAN DICAPAI TANPA KEGAGALAN HARI INI.....

ANDA TIDAK BOLEH MENCIPTA PENGALAMAN. ANDA PERLU MENGHADAPINYA....

KITA MEMERLUKAN KEGELAPAN UNTUK MELIHAT BINTANG....

so

JADiKAN KESUKARAN iTu SeBaGAi CABARAN uNTuk BeRJAya..


khas daripada IJAT..!!

tu jek...assalamualaikum..adios chao..!!

Monday, April 04, 2011

JUST DO IT..!! =)

Assalamualaikum n salam sejahtera seme...


Alhamdulillah...sudah sebulan aku berada di company nie...berada di sini telah bnyak mengajarku dan memberi bnyak pengalaman baru di alam pekerjaan nie walaupun baru sebulan..hehe..tidak ketinggalan juga bnyak ilmu-ilmu baru yang perlu aku pelajari dan terokai bagi mencapai hasrat dan target yang telah ditetapkan...


Bulan lepas bnyak perkra yang perlu diselesaikan dan perlu dijalankan dan dilaksanakan mengikut duedate yang diberikan/ditarget oleh pihak atasan...dan segala perkembngan dan perjalanan projek perlu diteruskan selepas ini sehingga berjaya dilaksanakan dengan sempurna...


emm..sebenarnyer aku xtaw nak cakap pe untuk entry kali nie...just aku meluahkan pe yang aku rase ketika nie...emmm...pasnie nak kene kejar kerja-kerja di beberapa tempat lg...nak kene setlekan..xpe..wat kerja step by step mengikut perancangan yang telah dibuat...yang mane penting dan priority perlu diutamakan...disamping yang lain perlu dilaksanakan sama mengikut plan dan kesesuaian kerja dan masa...ok..!


JUST BELIEVE YOURSELF AND DO YOUR BEST...JUST DO IT..!!


k r..tu jek...assalamualaikum...adios chao..=)

Wednesday, March 30, 2011

AI YOYO.......

Assalamualaikum n salam sejahtera seme...

Da agak lame gak aku x update blog..nie update blog pun sebab kepala hotak aku da BEKU + BLANK + BLUR = K.O...(time nie r)...

Banyak mende nak mikir..nak settle keje...

Tadi aku da kene hentam da..walaupun indirect hentam..tp kire berbisa gak r....hahahahahaha....

Tp semua tu aku anggap sebagai pelajaran..panduan dan ilmu yang sangat berguna pada aku...teguran tu gak perlu diambil dari sudut yang POSITIF....

Sekarang nie aku perlu blajar untuk membuat perancangan yang betul dan effisyen pada diri aku sendiri supaya aku dapat melaksanakan tugas dengan lancar,berkesan dan mengikut ketetapan masa yang dikehendaki...

BNYAK MENDE YANG AKU KENE BLAJAR NIE....

xpe..semenye untuk kebaikan ko gak IJAt,.....

k r...salam..adios chao...

Monday, March 14, 2011

UNTUK KITA RENUNGKAN...

Assalamualaikum n salam sejahtera seme...

Sejak akhir- akhir nie..kita sering mendengar..membaca dan mengetahui segala apa yang telah berlaku di muka bumi sejak akhir2 nie...macam-macam berita dan bencana yang telah menimpa manusia...walaupun bukan semua tempat yang berlaku..tetapi secara keseluruhannya ia telah melibatkan semua bangsa di seluruh dunia amnya..tidak terkecuali negara kita Malaysia...

Kita sering dengar mengenai krisis politik yang melanda di negara-negara asia tengah...bermula dengan rakyat Mesir..diikuti Libya..dan beberapa negara lagi...kenapa terjadinya perkara sedemikian..??

Kemudian..baru-baru nie telah berlaku gempa bumi dan tsunami di Jepun..dimana ia merupakan kejadian gempa yang paling teruk pernah dicatatkan iaitu sekuat 9.0 skala Ritcher..!!...manakala ketinggian ombak tsunami yang telah mambadai Tokyo adalah setinggi 10.0 meter..!!bayangkan betapa dasyatnya bencana yang telah melanda dunia...kelmarin telah berlaku letupan di salah satu loji nuklear Fukusima Daichi...dan beberapa kebocoran di beberapa lagi loji nuklear dimana ia telah menyebabkan sisa-sisa radiasi nuklear telah bergerak ke ruang udara...hal ini akan menyebabkan kesan-kesan radiasi yang akan berlaku kepada manusia yang terhidu sisa radiasi tersebut..

Sebelum ini juga kita telah mendengar bahawa telah berlaku banjir besar yang terburuk yang pernah berlaku di Australia..hampir separuh daripada benua Australia telah dilitupi air...dan juga di Christchuch, New Zealand..telah berlaku gempa bumi yang dasyat..Jika difikirkan..kenapa terjadinya perkara itu..??

Tidak terkecuali di Malaysia...tahun ini di negeri-negeri selatan Malaysia; Johor, Melaka dan Selatan Pahang di awal-awal tahun 2011..sesuatu yang agak luar dari biasa (jika dikira dari segi geografi dan meteorologi)..Kenapa jadinya begitu..???

CUBA KITA RENUNGKAN SEMULA...SECARA TERSIRATNYA IA MENUNJUKKAN BAHAWA BUMI KITA NIE DA TUA...DA X LAMA DA..ALLAH SWT TELAH MENUNJUKKAN SEDIKIT-DEMI SEDIKIT TANDA-TANDA AKHIR ZAMAN..SO CUBA KITA RENUNGKAN...DIMANAKAH LETAKNYA KITA DI MASA INI...??

Itu saja..adios..chao..!! =)

Thursday, February 24, 2011

Perjalanan Hidup

Assalamualaikum n salam sejahtera seme...

Da masuk 22thun da umur aku nie..(ish3..) Ini bermakne da 22 tahun da aku menjalani kehidupan di dunia nie...hurmm...mcm2 yg aku lalui..yang aku hadapi...manis pahit..suka duka...sihat sakit..seme ku telah aku lalui...

Aku berasa sangat bersyukur dan bersyukur sesangat..kerana terpilih oleh Allah swt untuk melihat dunia walaupun kita sedia tahu yang hidup di dunia nie adalah satu perhentian yang sementara untuk ke destinasi yang sebenar nnti...Bukan semua yang terpilih..dari berjuta2 yang bersaing..kita adalah yang terbaik..

Dan aku juga sangat2 bersyukur...kerana di letakkan di dalam sebuah keluarga yang sgt33 TERBAIK...bukan semua orang yang dapat..kadangkala ada yang diletakkan di dalam keluarga yang bermasalah...keluarga yang mementingkan diri..keluaraga yang mengabaikan tggungjawab..dan macam2 lagi...semua itu adalah ketentuan yang dah ditentukan oleh Allah swt..

Selama 22 tahun nie juga aku telah mendapat..mencari..menghadapi pengalaman-pengalaman yang telah..sedang..dan akan mengajar kita tentang kehidupan...KEHIDUPAN YANG PERLU DIJELAJAHI...bak kata org " life is about a journey not a destination..."

Semoga di umur 22tahun nie aku akan berjaya menghadapi dan melalui saat2 yang menggembirakan serta xlupa juga pada saat2 yang mendukacitakan....kerana semua itu adalah perencah kepada kehidupan kita pada masa akan datang...semoga tahun ini juga akan menjadi tahun yang akan mengajarku dengan pengalaman-pengalaman yang akan mematangkan lagi dan membuka minda aku nie di masa hadapan...

tu saje...assalamualaikum..adios chao..!! =p