Wednesday, July 11, 2012

Untuk Kita ...

Assalamualaikum n salam sejahtera seme.....

"Setiap kali kita mengkritik orang lain, kita telah menjatuhkan martabat kita. Orang yang berjaya hanya fokus pada apa yang dia suka dan positif. Mereka 'ignore' manusia dan peristiwa negative dan menggunakan tenaga ke arah tujuan hidup mereka. Kita jangan mengharap pada orang lain untuk mengatasi masalah kita. Ambil tanggungjawab dan perbanyakkanlah berdoa. Hati manusia dalam genggaman Allah swt. Sesiapa yang Allah swt sayang maka manusia juga akan sayang. Jikalau isteri atau suami tak sayang bererti kemungkinan Allah swt tidak sayang. Ubah dunia dalaman untuk ubah dunia luaran kita. Hormati 'privacy' orang lain. Kalau kita tidak suka diganggu, manusia lain juga tidak suka diganggu........." - PROF DR MUHAYA -

Renung-renungkan dan selamat beramal............

Assalamualaikum.....adios...chao....=)

Tuesday, January 31, 2012

I'M BACK...!!! =p

Assalamualaikum n salam sejahtera seme...

I'M BACK..!!

da lame aku xupdate..pagi nie baru sempat update..sekarang da jam 3.38 a.m...
layan jap lagu nie..antara penyanyi yang aku minat lagu2nya..sambil kepala teringat kat semua yang aku telah lalui n hadapi......hayati lirik lagu...

CAMELIA III (by Abiet G. Ade)


Di sini dibatu ini
Akan kutuliskan lagi
Namaku dan namamu


Maafkan bila waktu itu
Dengan tuliskan nama kita
Kuanggap engkau berlebihan


Sekarang setelah kau pergi
Kurasakan makna tulisanmu
Meski samar tapi jelas tegas
Engkau hendak tinggalkan kenangan
Dan kenangan...


Disini kau petikkan kembang
Kemudian engkau selitkan
Pada tali gitarku


Maafkan bila waktu itu
Kucabut dan kubuang
Kau pungut lagi dan kau bersihkan


Engkau berlari sambil menangis
Kau dakap erat kembang itu
Sekarang baru aku mengerti
Ternyata kembangmu kembang terakhir
Yang terakhir...


Oh Camelia, katakanlah ini satu mimpiku
Oh oh oh oh oh
Camelia, maafkanlah segala silap dan salahku


Disini dikamar ini
Yang ada hanya gambarmu
Kusimpan dekat dengan tidurku
Dan mimpiku


da abis layan da..?

k r..nak sambung dengar...
len kali plak update..(klu de kesempatan n ruang..hehe)

assalamualaikum..adios..chao...=)

Monday, November 28, 2011

Saja-saje..=)

Assalamualaikum n salam sejahtera seme,,,,

AKHIRNYAAA...!!!

Setelah sekian lame aku x update akunye blog nie...kat opis da xleyh nak update blog cm bese da....blog da kene block..adoyaii...xtaw nape dorg g block...

Emm...harinie 28 November = 2Muharram....SELAMAT MNYAMBUT MAAL HIJRAH 1433H..Smoga Tahun Baru nie lebih baik dari tahun sebelumnya..aminn..

tu jek...len kali klu de mase n citer aku update lg..

*TAHNIAH DAN SYABAS PADA TEAM HARIMAU MUDA..WALAUPUN TEWAS NAMUN CORAK PERMAINAN YANG DITUNJUKKAN BOLEH DIBANGGAKAN..USAHA DAN LATIHAN BERTERUSAN SERTA MEMPERTINGKATKAN MUTU CORAK PERMAINAN DARI SEMASA KE SEMASA..INSYAALLAH AKAN MENDAPAT HASIL YANG GEMPAK..!!..ALL THE BEST..

k r..assalamualaikum..adios..chao..=)

Friday, September 23, 2011

OOOoooo000....baru taw..

Assalamualaikum n salam sejatera seme...

Harinie hari jumaat...23 sept 2011...

jom kite view pe sejarah yang berlaku pada tarikh nie..

ROMBONGAN SULTAN MELAKA MENGUNJUNGI MAHARAJA CHINA-Tarikh Peristiwa pada 23-09-1419

Pada hari ini dalam tahun 1419, rombongan Sultan Melaka telah mengunjungi Maharaja China di Peking. Kunjungan ini merupakan kunjungan kedua bagi Megat Iskandar Shah atau Parameswara ke negeri tersebut. Tujuan utama kunjungan tersebut adalah untuk memberitahu Maharaja China tentang pencerobohan dan ancaman Siam ke atas Melaka. Di samping meminta supaya negeri China memerintahkan Siam memberhentikan pencerobohan tersebut. Sebenarnya sejak sebelum pembukaan Melaka lagi Siam dan Majapahit sama-sama mendakwa menguasai Semenanjung Tanah Melayu. Namun begitu Siam lebih ketara mengancam keselamatan Melaka sejak pembukaannya.

Oleh itu apabila Laksamana Yin Ching mengunjungi Melaka dalam tahun 1403 kunjungan tersebut disambut baik oleh Parameswara. Kunjungan ini juga merupakan detik permulaan hubungan antara negeri China dengan Melaka. Hubungan ini dieratkan lagi dengan kunjungan utusan Parameswara ke negeri China dalam tahun 1405. Dalam kunjungan ini negeri China mengakui secara rasmi bersahabat dengan Melaka. Di samping itu, Maharaja China mengurniakan sebuah cap mohor, pakaian dari sutera dan sekaki payung kuning kepada Parameswara.

Buat pertama kalinya, dalam tahun 1411, Parameswara bersama kerabat dan pembesarnya telah berangkat ke negeri China. Lawatan ini juga merupakan sebagai amaran kepada Siam. Dengan jaminan ini, Parameswara mula menumpukan usaha memajukan Melaka untuk menjadikannya sebuah pusat perdagangan. Usaha ini menampakkan hasil kerana kedudukan Melaka yang strategik dari segi ilmu alam. Memandangkan Melaka berkembang dengan pesatnya Siam kembali mengancam semula. Oleh itu pada hari ini dalam tahun 1419, Parameswara sekali lagi berangkat ke negeri China dengan memakai gelaran Megat Iskandar Shah setelah memeluk Islam. Hasil dari lawatan tersebut China telah mengeluarkan perintahnya dan Siam tidak lagi menceroboh Melaka.

Semenjak dari itu Melaka terus berkembang sebagai pusat perdagangan yang penting dan mencatatkan sejarah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.


Kerajaan Arab Saudi Berdiri

Tanggal 23 September tahun 1932, Kerajaan Arab Saudi berdiri dengan raja pertamanya Abdul Aziz bin Saud. Pada abad kesembilan masehi, semenanjung Arab terlepas dari kekuasaan Bani Abbasiyyah. Sejak saat itu, situasi di seluruh kawasan itu selalu tidak stabil. Pada abad ke-16, kawasan Arab dikuasai oleh Kesultanan Utsmani. Sejak pertengahan abad ke-17, keluarga Al-Saud memulai upayanya untuk menguasai kawasan Jazirah itu dan upayanya itu mencapai klimaksnya d awal-awal abad ke-20.
Saat Perang Dunia Kedua berlangsung, keluarga Al-Saud membangun hubungan yang sangat baik dengan Inggris. Setelah berakhirnya perang tersebut, yang disertai dengan bubarnya kesultanan Utsmani, secara keseluruhan Arab meraih kemerdekaannya. Saat itu, ada dua kekuatan besar di Semenanjung Arab, yaitu keluarga Al-Saud dan Syarif Husein bin Ali yang menjadi penguasa Kota Mekah. Terjadilah peperangan antara keduanya yang berakhir dengan kemenangan keluarga Al-Saud. Sejak saat itulah, keluarga Al-Saud menancapkan kekuasaannya di seluruh Semenanjung Arab.
Arab Saudi terletak di Asia barat dan memiliki luas 2.240.000 kilometer persegi. Negara ini berbatasan dengan Irak, Yordania, Yaman, Oman, Kuwait, Qatar, dan Uni Emirat Arab.

PEMBUKAAN PENGKALAN FERI DI PULAU PINANG-Tarikh Peristiwa pada 23-09-1959

Pada hari ini 23.9.1959, dua buah Pengkalan Feri yang terletak di Pulau Pinang dan Butterworth telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu dengan diberi nama Pengkalan Raja Tun Uda di Pulau Pinang dan Pengkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth. Perkhidmatan Feri merupakan projek pertama yang diberikan keutamaan oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang memandangkan betapa pentingnya perhubungan, terutamanya perdagangan ditingkatkan di antara Pulau itu dengan tanah besar.

Pada tahun 1957 perkhidmatan feri 'Pulau Pinang' mula dilancarkan iaitu feri penumpang dan pembawa kenderaan jenis besar di samping feri-feri lama. Namun begitu perkhidmatan ketika itu masih lagi tidak dapat menampung keperluan orang ramai untuk perjalanan ulang-alik dari Pulau Pinang ke Butterworth dan sebaliknya. Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang mula menjalankan usaha memperbaiki perkhidmatan feri untuk memberi kemudahan kepada penumpang-penumpang dan kenderaan. Untuk tujuan tersebut pada awal tahun 1959 empat buah feri iaitu feri-feri Pulau Aman, Pulau Langkawi, Pulau Pangkor dan Pulau Tioman telah memulakan perkhidmatannya.

Dan pada hari ini dalam tahun 1959 dua buah pengkalan feri iaitu Pengkalan Raja Tun Uda dan Pengkalan Sultan Abdul Halim telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan sempurna. Kedua-dua pengkalan tersebut memulakan perkhidmatannya pada 1 Oktober 1959. Dalam ucapan perasmiannya YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memaklumkan bahawa beliau menamakan pengkalan baru Pulau Pinang dengan nama Raja Tun Uda, iaitu Gabenor Pulau Pinang yang pertama ialah untuk menghormati dan menghargai perkhidmatan beliau yang cemerlang di Pulau Pinang, manakala pengkalan baru di Butterworth dinamakan Pengkalan Sultan Abdul Halim adalah sempena mengambil nama Baginda Sultan Kedah Darul Aman, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badli Shah. Dari segi sejarah, Pulau Pinang dan Seberang Perai pada asalnya, sebelum dirampas oleh penjajah Inggeris adalah hak dan jajahan Negeri Kedah dan dengan itu adalah kena pada haknya dinamakan pengkalan itu kepada nama Baginda Sultan.

Sesungguhnya dengan pembukaan dua buah pengkalan tersebut pada hari ini dalam tahun 1959, diharap akan dapat meningkatkan lagi ekonomi dan perdagangan kedua-dua pengkalan tersebut di samping memberi kemudahan-kemudahan yang lebih baik dan sempurna kepada rakyat setempat khasnya dan negara amnya.

p/s : sebenarnye xtaw pe mende nak post..hehe..=p

k r..selamat membaca..huhu..

Assalamualaikum..adios..chao..=)

Monday, September 12, 2011

Lama betol x update...ngeee.. =p

Assalamualaikum n salam sejahtera seme...

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......lame gler x update...

emm..bnyak keje yang kena setlekan...nie saje jek curi2 mase nak update...rest kepala.haha..
sebenarnye xtaw nak update pe..tp nie tulis je r pape yang aku rase nak tulis dan yang terlintas di kepala hotak aku nieyh..heheh

emm..harinie 2-2 bos aku xde..kene attend meeting di putrajaya...tp xleyh nak raye gak coz bnyak keje nak disetlekan..dorang balik nak kene hantar..bnyakkkkk btolll..........nie pun naseb bek penghantaran benih udang ke Kompleks Kolam Akuakultur TKPM-ZIA Kg Pandan 2, Kuantan xsebanyak yang diminta coz kate pembekal benih udang galah bulan nie xbape menjadi..so kenen tggu 2 bulan lg if nak dapatkan benih dia..tp dia akan hantar 100,000 benih udang galah gak in the middle of sept nie..klu ikutkan order 700,000 benih..so yang 100k nie bleyh masukkan dalam kolam yang da sedia untuk beroperasi..tp dalam masa yang sama aku kene siapkan kerja wiring di semua kawasan lbh kurang 35 ekar yang melibatkan 33 kolam yang luasnya 1 ekar/kolam..dan memasukkan peralatan akuakultur seperti paddle wheel, injector, dan autofeeder dahulu..semua tu akan dimulakan xlama lg (secepat yang mgkin sebelum benih masuk) tp buat permulaan perancangan kolam yang betul2 beroperasi mengikut blok2 dan fasa yang telah ditetapkan..target pada tahun nie, permulaan akan beroperasi 10 kolam..tetapi buat masa sekarang terdapat 3 kolam yang telah beroperasi dan dimasukkan benih ikan..iaitu ikan tilapia GIFT (Genetically Improved Farmed Tilapia); 10,000ekor benih , lampam kerai; 15,000 ekor benih dan keli; 100,000ekor benih.

Pada masa yang sama kompleks kolam nie sedang dibersihkan dan akan dibaiki setelah dikenalpasti status kolam samada dalam keadaan baik atau perlu dibaiki..kerja-kerja pembersihan akan disiapkan pada hujung mggu nie..pusat pengumpulan perlu di'upgrade'kan menjadi tempat mini hatchery dan kerja-kerja tersebut sedang dijalankan..tapak pump untuk mengepam air masuk kedalam saliran yang baerkitan juga sedang dijalankan...Pembersihan saliran air masuk dan keluar sudah disiapkan.

Emm...semoga kerja-kerja ini dapat diselesaikan pada masa yang telah ditetapkan untuk dioperasikan sepenuhnya. xlame lg aku kene berkejar pula ke projek yang lebih besar di TKPM-ZIA Pulau Permatang Pauh, Pekan dan Hatchery di Merchong....semoga kerja2 yang diamanahkan kepada aku nie dapat aku laksankan dengan penuh dedikasi, telus ikhlas dan dengan penuh tanggungjawab...agar mendapat kejayaan dan manfaat dan diberkati dalam menjayakan projek ini khususnya pada company aku n diambil manfaat oleh masyarakat sekitar amnya..semoga semua nie dapat dilaksanakan dengn lacar dan berkesan mengikut perancangan...amin..

Emm..jap lg aku nak g makan FREE kat jamuan hari raya Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuantan..dorang jemput datang..so dorang kene serang r jap lg..hahaha..=p

k r...tu jek..

Assalamualaikum..adios..chao..=)

Tuesday, August 23, 2011

TAPI AKU...???

Assalamualaikum n salam sejahtera seme...

Seminggu sebelum raya...macam-macam mende nak kene wat...klu orang len..seperti bese..time-time ginie da mule r sebok nak wat kuih raye..rendang ketupat..lemangnye..dodol..tukar dwet kat bank r..macam2 macam..

TAPI AKU..???

Aku sebok nak menyetlekan dan membayar hutang piutang orang yang da wat kerja...fuh..seminggu nie memang..seminggu nie memang..seminggu nie memang SEBOK..!..hahaha
naik pening kepala aku..bahagian aku da setle bahagian orang len plak yang banyak hal dan cikadaknye..ADOYAI...mintak-mintak r setle before raye...aman sket raye aku tahun nie..x pikir da mende-mende tu seme..hal lepas raye..biar pikir lepas raye..yang sebelum raye kene pikir sebelum raye...betol dok..??hhahaha..=p

Sian kat akunye kerani...banyak tol dugaan yang aku dan dia kene hadap untuk setlekan mende2 nie...banyak tolong aku wat n setlekan mende2 nie seme..xpe2..nnti pas raye aku blanjek makan PIZZA/KFC/McD ek sebab tolong aku....hahaha..len kali aku minta tolong lg..huahuahua.... =p

k r...tu jek

assalamualaikum..adios chao...=p


Friday, August 19, 2011

HURMMM.....

ENTAH LA....SAMPAI BLE DA NAK TGGU....TELINGA KANAN DENGAR CMNIE..TELINGA KIRI DENGAR CAMTU..AKU..??DA MACAM BERGER SALAI BERULAMKAN SANDWICH...

MINTA-MINTA R SETLE SEBELAUM RAYA NIE..KLU TAK...........................................................

Tuesday, August 09, 2011

====][=====

Assalamualikum n salam sejahtera seme....

" Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. "

IJAT...KUAT SEMANGAT...HADAPI DENGAN TENANG DAN YAKIN DIRI DENGAN SETIAP YANG DILAKUKAN...PERKUKUHKAN PERISAI DIRI DAN MINDA, JANGAN BIARKAN ANCAMAN/SERANGAN/VIRUS MENEMBUSI PERISAI ITU..JIKA TIDAK ANDA AKAN MENGALAMI KESAKITAN DAN PENDERITAAN PADA DIRI SENDIRI....


Wednesday, August 03, 2011

lame da x update..huhuh..=)

Assalamualaikum n salam sejahtera seme....

Hurmmm...sudah dan memang agak lame da aku x update akunyer blog aku nie...semenjak lepas balik dari lumut awal bulan 7 ritu..baru la nie bleyh nak update blog...klu x...bertimbun2 keje aku nak kene setle cepat...hahaha..=p

bulan 7 ritu memang r..pas2 jek balik dari lumut..da xde mase da nak dok relax2 nie..bnyak mende nak kene wat...seme tu memang aku kene setlekan as fast as possible...keje kat opis lagi..keje kat 2 site berasingan lg..banyak mende nak kene handle..heheh

Skrg nie pun aku still bnyak mende n terkejar2 wat keje..seme nak cepat...hahah...time aku da wat cepat..orang len plak melambat2kan aku..kekadang wat aku bikin PANASSS..!!haishh..sabor je r..nie time2 pose nie kene r banyak bersabor...aku anggap sebagai dugaan dan cabaran..n yang lebih penting lagi..aku dapat BANYAK ILMU BARU dari dugaan n cabaran td tu..YEAHHH..!!! =)

Maybe next week or next 2weeks aku kene gerak ke JB ngan bos aku..outstation sana..bos aku gtaw ada meting n discussion pasal hatchery ngan company dari Singapore...company pe aku xtaw lg..dia just gtaw gtu je....so ijat..pe lg..pasnie kene study n paham betol2 r pasal mende2 nie..so nnti xde r aok terpinga2 time discussion tu..almaklumlah....hehehe..=p

Emm..sebelum aku terlupe..dikesempatan ini gak..aku nak ucapkan..

" SELAMAT BERPUASA DI BULAN YANG PENUH BARAKAH NIE..SEMOGA KITA DAPAT MENJALANI IBADAH PUASA NIE NGAN TEKUN DAN SABAR..MOGA-MOGA MENDAPAT BARAKAH DAN GANJARAN YANG TINGGI DI SISI ALLAH SWT..REBUTLAH PELUANG DI BULAN RAMADAHAN YANG MULIA NIE UNTUK MENAMBAH DAN MEMPERTINGKATKAN AMALAN DAN MENDIDIK DIRI SUPAYA LEBIH BERDISIPLIN DAN BERJAYA DIMASA AKAN DATANG..AMINN... "

k r..xtaw da nak cakap pe..
len kali plak klu de citer aku sambung lek ek..

Assalamualaikum...adios..chao..=p

Thursday, June 30, 2011

LUMUT..chapter 1

Assalamualaikum n salam sejahtera seme....

Aku skrg kat LUMUT, Perak....kene dok dalam kem tentera laut untuk 3 hari..SEBAB esok ada pertandingan kat sini...pertandingan pe..?pertandingan koir antara markas2 tentera laut di Malaysia nie...aku wakil MAWILLA 1 (MAWILLA = Markas Wilayah Laut)...markas nie kat Gebeng Kuantan...

So aku sendiri x sangka gak r dorang ajak aku skali join group koir nie...aku just suke 2 je dtg mle2..xsangka plak dorang ajak skali..heheh...(bagus gak...lepas gak aku pi jalan LUMUT)hhaah...

Tapi bese r..klu da dok dalam kem tentera tu..memang x lari daripada law2 tentera yang kekadang aku sendiri x paham bakpe....da r aku terlupe yang aku nak dok dalam kem tentera...so aku bawa r baju round neck bebanyak..nseb bek aku de terbawa satu baju kolar..n dorang de bagi baju sehelai..klu tak..hurmm...entah r...aku terpaksa r pakai smart kasual sokmo time jalan kat dalam kem...(da macam leftenan de gak..)

tp tu r..kekadang aku rimas gak...(walaupun aku penah gak masuk plkn mende da bese..)tp tetap macam terkongkong sgt..(maybe bukan rutin harian kite gtu kot)...

Emm..esok kene bngun kul 3pg..coz kul 3.30 nak kene gerak ke bilik persalinan..kene tukar costume...entah baju pe yng aku kene pakai...pagi nie kul 8 da nak start bertanding da..semoga dipermudahkan urusan..amin..

k r..nak tido...
assalamualaikum..adios..chao..=)

Tuesday, June 21, 2011

BADAN TERLAMPAU PENAT..TP KEPALA SUDAH RINGAN ..=P

Assalamualaikum n salam sejahtera seme....

~ FUUHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH................
ALHAMDULILLAH...SYUKUR LEGA.... ~

Harini..satu kerja dan misi penting da settle.......MAJLIS PERASMIAN DA BERJALAN DENGAN DENGAN LANCAR SETELAH 2-3MINGGU NIE AKU BERTUNGKUS LUMUS MELAKSANAKAN TUGAS YANG TELAH DIAMANAHKAN PADA AKU...BAGI AKU AKU TELAH BERJAYA DAN BERPUAS HATI DENGAN KERJA YANG TELAH AKU LAKSANAKAN..(walaupun ada r sikit yang terlepas pandang..tp dpt diselesaikan masalah tu dengan baik..bese r..bukan semua sempurna..)

Pengalaman aku semalam aku terpaksa menggunakan khidmat bomba untuk mengepam air masuk kedalam kolam perasmian...4 enjin pam digunakan..2 pam bomba..satu dari PPK dan satu lagi persendirian...dari jam 4 hingga 11 malam..baru penuh satu kolam...fuhh...tp best lepak ramai2 ngan anggota...TQ bomba...=)

Dan td aku da bertanya dengan pendapat bos hasil kerja yang telah aku buat..tp aku xberpuas hati dengan jawapan bos..coz bos xde pun komen mende2 yang cacat..dia kate seme bagus..aku xselesa ngat jawapan tu..coz aku tau mesti de sket silap sana sini..n aku perlukan komen dan pandangan yang itu supaya aku bleyh memperbaiki kelemahan dan kesilapan aku untuk masa-masa akan datang...

" KECEMERLANGAN ADALAH HASIL DARIPADA SIKAP YANG INGIN SENTIASA MELAKUKAN YANG TEBAIK "

Ok r...tu jek untuk kali nie...ada kerja lagi nak diselesaikan...

Misi lepas nie..PULAU PERMATANG PAUH PEKAN PLOK.....fuhh..!!

Assalamualaikum..adios..chao..=)

Wednesday, June 15, 2011

TUGASAN...

Assalamualaikum nsalam sejahtera seme....

da seminggu da aku x update blog aku nieyh..sori r..busy bnyak...hehe..xsempat nak update..coz aku nak kene setlekan kerja mengikut due date yang ditetapkan bos aku..klu x..piuuuungg (bunyi pistol..) aku kene fire ngan bos aku...hahaha..

Sekarang nie aku ngah busy setlekan 2 kerja penting di tempat yang berlaianan tp pada due date yang sama...hahaha..21hb nie..aku kene setlekan persiapan tempat, kolam dan Majlis Perasmian Perlaksanaan Projek Akuakultur Ikan dan Udang Air Tawar ZIA Kg Pandan 2, Kuantan..majlis nie antara majlis besar company..coz akan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas tani dan Hal Ehwal FELDA Negeri Pahang, YH. Haji Tan Mohd Aminuddin Ishak..So ble dia turun..ramai ler org2 besar turun..termasuk bos2 LKPP Corporation...

So macam-macam r persediaan yang kene aku n team wat untuk menjayakan...wat masa nie aku kene handle kerja-kerja pembersihan di kompleks kolam tu..esok plak aku kene masuk jd panel tender..bos aku suruh..haiyyaa..aku xpenah2 lg jd panel tender besar2 nie..takut gak..da r skali masuk ngan bos-bos..fuhh..

Satu lagi aku kene handle kerja-kerja renovation pejabat di TKPM-ZIA Pulau Permatang Pauh, Pekan...due date dia 21hb nie gak...tp stakat nie alhamdulillah aku leyh handle ngan jayakan..(wat masa skunk nie r) n harap2 xde masalah pape n dapat disiapkan on time..heheh..so kerja aku ulang alik je r Kuantan - Pekan..tp seb bek r aku dok Pekan..so bleyh aku devide masa..pagi di Kuantan..petang di Pekan....hehehe..

K r..tu jek..aku nak kene wat keje sket..nak kene hantar surat untuk panggil temuduga tender esok...pastu nak ke site tgk org wat keje..hehehe...

HOPE SEMUANYA BERJALAN DENGAN LANCAR DAN JAYANYA...INSYAALLAH..AMIN...

assalamualaikum...adios..chao..=)

Tuesday, June 07, 2011

BATU BESAR HEMPAP ATAS KEPALA...T_T

kgherilhgaeilrufafnasdk.fnasdklfnerhlefkn asd,.fnas fwenl;crwil;eucrn ;lvklsafklfhasdofhawenfafaso
dfjsoidf fh asoepf asofihasdop oah ose aioerh asopfrhasopry haowejfhaskjfhasofasofh aeopfaeofhasudhfhasdkflhaepfh aweiohf aope oawhophsdfhasduof asdf sdoifhasdofasdiof asofhasdoifhas asdfhasdohf asdofhasoif asdiohfioahfeo8fh asejfhasjkldhnfuwioeaf af aeuiha ..........
.............................................................................................................................................................................

A B C D E F G......
H I J K L M N..... O P Q R S T U...
V W...X Y Z.......

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10........

ALIF BA TA SA JIM HA KHA...
DAL ZAL RA ZAI SIN SYIN SHAD..
DHAD TA ZA AIN GHAIN FA QOF..KAF LAM MIM NUN WAU HHA..
LAM ALIF HAMZAH YA.....

Wednesday, June 01, 2011

nyanyian rindu... ebiet g ade

Assalamualaikum n salam sejahtera seme....

Harinie aku tetibe teringatkan pada seseorang...so jom layan lagu nie...





NYANYIAN RINDU

Abiet G. Ade

Coba engkau katakan padaku
apa yang seharusnya aku lakukan
bila larut tiba wajahmu terbayang
Kerinduan ini semakin dalam...

Gemuruh ombak di pantai Kuta
Sejuk, lembut angin di bukit Kintamani
Gadis-gadis kecil menjajakan cincin
tak mampu mengusir kau yang manis...

Bila saja kau ada di sampingku
sama-sama arungi danau biru
Bila malam mata enggan terpejam
Berbincang tentang bulan merah ho...

Du du du du du du du du du du du du du du du
du du du du du du du du du du du du du du du

Coba engkau dengar lagu ini
aku yang tertidur dan tengah bermimpi
Langit-langit kamar jadi penuh gambar
wajahmu yang bening, sejuk, segar...

Kapan lagi kita akan bertemu
meski hanya sekilas kau tersenyum?
Kapan lagi kita nyanyi bersama?
Tatapanmu membasuh luka, ho...

Du du du du du du du du du du du du du du du
du du du du du du du du du du du du du du du


hope enjoy sambil dapat menghayati lagu nie..hehehe..

k r..tu jek....

Assalamualaikum n salam sejahtera seme...=)

Monday, May 30, 2011

Inspirasi aku...

Assalamualaikum n salam sejahtera seme...

Pagi-pagi nie aku terasa mengantuk ngat..haish..masuk opis da macam muke org baru bangun tido..hahah...xkan tgk bola sabtu haritu sampai kul 5pagi sampai la nie x ilang ngantuk lagi..rasenye da puas da kot tido..ngeh3..

So sebelum nak start wat keje nie..aku kene r ilangkan rase mengantok yang amat nie dlu dengan menulis entry dalam blog aku nieyh.....hehe..=p
Emm..haritu dalam entry sebelum nie aku de gtaw yang niat nak tulis entry pasal mende lain tp tertukar niat len kan..heheh..so harinie aku nak cerita pasal tu...huhuhu...

Ceritanya mengenai opah aku...aku memang selalu berjumpa..berborak..bercerita..ngan opah aku..coz umah dia dekat ngan umah aku..so selalu r g sane..bleyh r dikatekan selalu r g lepak sane..heheh....Last week...pada satu petang yang aman lagi damai..aku berborak ngan opah aku...macam-macam cerita..n tetibe opah cerita kat aku pasal arwah ayah dia..kire tok nyang aku r...

Opah aku cerita yang tok nyang aku tu seorang yang baik ngat..xsuke marah..tetapi seorang yang berhati lembut..tapi sangat tegas..!dia tu seorang cikgu besar yang sangat dihormati sebab sifat2 n sikap dia tu...dlu time jepun memerintah..setiap cikgu dikehendaki belajar dan mengikut cara dan arahan jepun time tu...setiap pagi..setiap sekolah dikehendaki menyanyikan lagu kebangsaan dan bendera jepun sebagai menghormati negara pemerintah ketika tu..ada satu ketika..terdapat satu pertandingan menyanyikan lagu kebangsaan jepun seluruh tanah melayu time tu...n time tu tok nyang aku yang menjadi juara keseluruhan dengan menyanyikan lagu kebangsaan jepun tu dengan fasih dan sebutan yang betol..!! (waa..time tu aku kagum gler mendengarnye..)

Pastu opah aku cerita lagi..walaupun dia agak sibuk ngan tugasan dia..tapi dia nie sangat bertanggungjawab keatas famili dia..time opah kecik2 dlu...xde game2 macam skunk nie nak men same adik beradik..so dorang men kat umah je r...n opah kate..walaupun xde game macam skunk nie..tp dlu cara dorang menghabiskan masa ialah dengan bercucuk tanam..tok nyang aku tu memang suke bercucuk tanam..satu hari dia ada wat batas untuk tanam sayur kat kawasan umah dia..n then dia suh setiap anak-anak dia termasuk opah aku menjaga tanaman tu mengikut batas masing2..kire setiap sorang kene jaga satu batas r...n bertanding pokok sape yang paling sihat n baik..(patut r opah aku suke n terer bab tanam2 pokok nie..seme yang dia tanam bleyh dikatekan seme menjadi..klu aku yang tanam..??heheh..)kire sangat2 bagus r mengisi mase lapang gtu..banyak faedah dan berguna...xterbuang kosong saje..hurmm..

Then..opah kate tok nyang nie seorang yang sangat smart n pembersih..klu kat kawasan sekeliling umah dia tu..memang bersih sokmo..rumput2 kat umah dia potong/buang rumput tu pakai parang or sabit..sampai tanah..xde rumput langsung..abah aku kate dia siap pakai tali lagi nak kasi rumput tu straight je dipotong..(waa..dasyat tol..)..n dia kat umah memang cara pemakaian dia memang sokmo 'tight in' n kemas..xkire kat luar or dalam umah..

Pastu opah de citer pasal satu kisah kelakar tok nyang aku ngan cucu kesayangan dia..(abah aku r)..time tu tok nyang aku nak g pejabat pos nak hantar surat..so dia nak bawa basikal dia x bape sihat ngat..so dia suh r abah aku tu..(time tu abah darjah 4 or 5 lebih kurang r..) bawa dia g sane naik basikal...abah aku kate yang diorang naik tu bukan basikal balak yang besar tu..tp basikal tayar kecik..(basikal yang dalam cerita ali baba bujang lapok yang p ramlee naik tu..)..then..nak dijadikan cerita..ayah aku bawa basikal nak masuk ke simpang masuk umah..dia g 'lap' cantek punya sampai masuk longkang besar depan umah dia..hahahahahaha..aku tye r abah aku..guane r bleyh masuk dalam longkang tu..abah kate..dia terlebih amik lap....last2 masuk longkang..so..time tu atok ngan cucu masuk longkang..dua2 basah..haha..tp abah aku cerita dia xkene marah..tp tok nyang aku yang kene marah ngan bini dia..(tok nyang pempuan)..haha..aku dengar time tu gelak x yah cerita r...ahahaha..=p

Then opah aku cerita lagi...tok nyang aku nie seorang yang cool r..satu hari time jepun or komunis aku x sure..ada nak datang serang kampung..time tu malam..mase tu seme orang kelam kabut nak larikan diri masuk hutan..tp time tu toknyang aku nak sembahyang isyak..bini dia n anak-anak dia seme nak lari masuk hutan..tok nyang pempuan time tu suh tok nyang lari sekali..tp dia tunaikan tanggungjawab dlu dengan menunaikan sembahyang isyak dlu..opah aku kate dia sembahyang dengan kusyuk n tekun skali...walaupun time tu orang tengah dok kelam kabut melarikan diri dari komunis..bab tu aku dengar aku memang kagum n ntah x taw nak cakap guane..klu aku r dok tempat dia time tu...tak taw r..

Last skali sebelum dia meninggal...opah cerita yang tok nyang ada bgtau dia yang dia mungkin x balik da ke umah dia..time tu dia nak g menunaikan haji...abah aku kate before dia nak g mekah..dia ada tanam pokok kat umah dia..n dia suh abah aku jaga pokok dia tu baik2 n dia nak tgok pokok tu berbunga time dia balik dari mekah...abah kate tok nyang kasi upah 5ringgit kat dia suh jaga pokok tu..pastu abah memang jaga pokok tu sampai berbunga..tiap2 hari pagi petang siram pokok tok nyang..opah kate time tok nyang kat mekah..opah diberitahu yang dia meninggal kat sane..n dikebumikan kat sane..
..........................................................................................................................................................................

dalam entry kali nie aku memang sangat kagum..bertuah..n macam-macam r perasaan aku setelah aku mendengar cerita opah aku mengenai tok nyang aku..aku kagum dengan personaliti dia..cara dia mengajar anak-anak n cucu-cucu dia..n kejayaan-kejayaan dia yang menjadi inspirasi pada aku..kekadang aku terpikir...macammane dia berjaya menjadi macam tu..semenye menjadi satu semangat n keyakinan aku untuk terus berjaya dalam hidup aku dunia dan akhirat..

k r..aku nak kene wat kerja luar nie..orang dah dok tggu aku nie..heheh..

Assalamualaikum..adios..chao..=)

Monday, May 23, 2011

Pemergian...

Assalamualaikum n salam sejahtera seme...

Kejap td dalam kul 10pm, aku baru dapat berita yang uncle Albert@aide ajis baru kembali ke Rahmatullah....Innalillahi wainnalillahi rajiun..

Arwah merupakan sepupu kepada abah aku..Arwah memang da lame mengidap kanser...kanser ape..aku pun xpasti..dgr daripada abah,makteh n aicik..dia ada ketumbuhan di paru-paru (klu aku x salah dgr r)...baru Jumaat lepas aku g melawat dia kat Kuantan Medical Centre (KMC)...tp aku x bercakap dgn dia sebab aku duk kat luar bilik tgk dari jauh....sempat r aku tgk jap..tp time tu aku memang da dapat rasa da yang mungkin arwah xhidup lame..n memang firasat aku betul...abah,opah n aide aku baru je balik daripada KMC nie..abah bgtau yang arwah meninggal pkul 7lebih td..malam nie jenazah akan dibawa pulang ke rumah tok de..esok baru kebumikan..sebelum aku ke Pejabat Tapak Projek di Pulau Permatang Pauh, Pekan untuk bg taklimat kat pembekal untuk renovation pejabat n bertolak ke JB atas urusan kerja pada tghari esok selama 3hari..aku akan singgah melawat ke rumah tokde kejap untuk memberi perhormatan terakhir kepada arwah..InsyaAllah..semoga arwah tergolong di dalam golongan orang-orang yang beriman dan mulia di sisi Allah swt..aminn..

..........................................................................................................................................................................

Semalam, mak aku memperingatkan kepada aku yang hari n tarikh tu merupakan tarikh lahir arwah adik aku Muhamad Irfan...22 Mei 1990...dia meninggal dunia after seminggu dilahirkan..akibat masalah usus..time tu memang aku sendiri x pernah tgk pun dia..sebab mase tu pun aku kecik lg..baru umur sthun...tp mengikut cerita mak ngan abah..arwah adik nie besar orangnye..n if dia masih hidup umurnya da 21thun n mesti dia paling tggi n besar dalam famili aku...hehe..n satu lg mesti cukup 3 laki atas..n 3 pempuan bawah..means 6 org semenye..mesti meriah kan..!!=p..haha...tp Allah swt lebih sayangkan dia...n itulah yang paling terbaik...

al~Fatihah......

Sebenarnye..niat aku nak tulis kat entry nie pasal lain mulanya....tapi len kali r aku tulis....hhuhu..=p

Assalamualaikum...adios chao...=)

Thursday, May 19, 2011

Hubungan Percintaan...

Assalamualaikum n salam sejahtera seme...

Harinie aku nak berkongsi sedikit mengenai..satu daripada 40 nasihat Saidina Ali Ibni Abi Talib k.w.j di dalam kitab Nahjul Balagh oleh Saidina Ali Ibn Abi Talib dan kitab Al-Bayan Wattabyeen oleh Al-Imam Abu Othman Amru Ibn Bahr Al-Jaahidh r.a iaitu....:

" TIDAK ADA PERCINTAAN DENGAN SIFAT YANG BERPURA-PURA "

Seperti yang kita ketahui, dalam sesuatu perhubungan mesti ada rasa cinta/percintaan...tidak kira samada hubungan tu manusia sesama manusia ke..hubungan manusia dengan alam sekitar ke..manusia dengan haiwan ke..dan juga hubungan manusia dengan Penciptanya..semua tu mesti ada sifat kasih sayang dan cinta di dalam hubungan tersebut...

Di dalam hubungan percintaan manusia sesama manusia..sifat telus dan ikhlas dalam sesuatu perhubungan itu mestilah wujud agar tiada sifat kepura-puraan atau hipokrit di dalam diri manusia itui sendiri...klu adanya sifat ini didalam salah seorang daripadanya mesti kita tidak akan percaya dan tidak senang dengan setiap apa jua perlakuan..maka timbullah syak wasangka dalam diri yang akan merosakkan perhubungan itu sendiri..

Begitu juga hubungan antara manusia dengan alam dan haiwan...jganlah ada sifat yang berpura-pura dalam hubungan ini..sebelum tu aku nak perjelaskan lg pe yg aku perkatakan..kang korang salah anggap plak kata-kata aku nie..

begini...

setiap haiwan dan tumbuhan serta segala makhluk yang bernyawa..semuanya memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada manusia..sebab pe..sebab Allah swt telah menjadikan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi nie..tetapi sekarang kita sendiri lihat..tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah swt telah disalahgunakan oleh sesetengah golongan yang lupa dan mementingkan diri demi mencapai cita-cita dan keinginnannya..so banyaklah perkara-perkara yang menyusahkan diri manusia itu sendiri diatas kecuaian dan tiada sifat kasih sayang terhadap haiwan dan tumbuhan..sebagai contoh..di salah satu perumahan di malaysia..dia dalm berita ada mengatakan terlalu banyak kera/monyet liar yang berkeliaran dan menetap di kawasan sekitar perumahan..sebab pe..?da sebab kera/monyet tu da xde da tempat tinggal dan habitat asal mereka da musnah..so mereka tumpang r kat perumahan kita..heheh..

dan akhir sekalim dan yang paling penting..hubungan manusia dengan Penciptanya..setiap manusia mempunyai kepercayaan dan agama yang menjadi pegangan hidup mereka..tidak kira agama Islam..Kristian...Hindu..Budha..dan lain2..semuanya mesti percaya adanya Tuhannya..ada Penciptanya...dengan adanya pegangan ini manusia akan dapat hidup dengan lebih aman dan harmoni kerana setiap agama mementingkan keamanan dan kesejahtreraan manusia itu sendiri..

Bagi Umat Islam....hubungan manusia dengan Allah swt sangat dititikberatkan..setiap detik dan saat kehidupan kita kita disuruh sentiasa mengingatiNya..seperti solat 5 waktu..itu adalah salah satu cara kita berjumpa dan menghadap Allah swt dan merupakan amalan wajib yang diperintahkan kepada umat Islam..sebab pe..kerana inilah caranya kita untuk berhubung dan mengadu apa-apa denganNya..tidak kira ketika susah atau senang...termasuk juga perkara-perkara wajib dan sunat yang diperintah dan dituntut kepada kita dan perlu dilakukan dengan niat yang penuh ikhlas dan penuh kecintaan kerana setiap apa yang diperintahkan kepada kita adalah demi kesejahteraan dan kebaikkan manusia itu sendiri..janganlah timbul sifat kepura-puraan di dalam hati kita kerana itu akan merugikan diri kita sendiri...

Akhir sekali..segala percintaan dan perhubungan itu mestilah dilakukan dengan penuh ikhlas..niat yang baik dan penuh dengan kecintaan..tidak kira hubungan sesama manusia..hubungan dengan alam..dan yang lebih penting hubungan manusia dengan Penciptanya..kerana semua itu akan menjadikan hidup manusia aman dan sejahtera sampai bila-bila.

k r..tu jek..

Assalamualaikum...adios..chao..=p

Wednesday, May 11, 2011

Insan bergelar IBU..

Assalamualaikum n salam sejahtera seme....

8 Mei ritu...seluruh dunia menyambut HARI IBU....
Hari yang ditujukan khas wat insan yang bergelar ibu..mak..mami..mama..etc..

Ibu adalah seorang insan yang sangat mulia..kerana dia yang melahirkan..membelai..menjaga dan mendidik kita dengan sempurna dan penuh kasih sayang sampai harinie dan sampai bila-bila....tanpa dia kita xkan ada seperti harinie..

Seorang sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, siapa yang paling berhak memperoleh pelayanan dan persahabatanku?" Nabi Saw menjawab, "ibumu...ibumu...ibumu, kemudian ayahmu dan kemudian yang lebih dekat kepadamu dan yang lebih dekat kepadamu." (Mutafaq'alaih).

Semua ibu sangat menginginkan untuk melihat kebahagiaan dan kegembiraan anak-anaknya...walau apa pun pasti anak-anak dia yang diutamakan...dari sejak dilahirkan, dia lah yang menjaga makan minum..menyiapkan pakai baju...memberi kasih sayang...dan mengambil berat hal kita anak-anaknya...kekadang mereka ibu-ibu nie mencurahkan air mata dan keringat untuk menjaga dan membesarkan kita...

Adakah kita ingin melihat ibu-ibu ini menangis dan menitiskan air mata lagi..??jikalau kita membuat ibu kita menangis dan menitiskan airmata kegembiraan dan kejayaan...alangkah bahagianya kita dan hatinya melihat kejayaan itu...namun..jika berlaku sebaliknya...??adakah kita sanggup melihat dan membuat orang yang memberikan banyak jasa dan keringat kepada kita menitiskan airmata dia atas kelakuan buruk kita..??kelakuan yang tidak menyenangkan hati mereka..?kelakuan yang mengguris hati mereka..??HANYA ANAK-ANAK YANG TIDAK TAHU MENILAI DAN MENGENANG JASA IBU MEREKA SAHAJA YANG SANGGUP BERBUAT PERKARA YANG SEDEMIKIAN....

Semalam..di dalam berita ada menyiarkan mengenai peningkatan golongan warga emas (60 tahun ke atas) yang mengidap penyakit 'KEMURUNGAN'..lebih kurang 40% warga emas di Malaysia mengalami masalah ini...hal ini berkemungkinan peratusan mungkin akan meningkat pada tahun-tahun akan datang jika perkara ini tidak ditangani dengan berkesan..

Antara kesan-kesan yang bakal dihadapi oleh golongan yang menghadapi kemurungan ini adalah risiko penyakit gangguan mental atau gila. Perkara ini akan menjadi sangat sangat kritikal jika tidak diselesaikan. Jika hal ini berlaku, ia akan menjadi satu masalah yang besar kepada negara keran memerlukan tempat yang baru untuk tempat rawatan pesakit mental/hospital bahagia.

Ingat x citer 'Hantu Kak Limah'..?? Hal itu berlaku kerana menghidapui penyakit gangguan mental...kerana pe..??jika kita hayati dan perhati dari wal cerita tersebut..ada menceritakan bahawa anaknya jarang bebenor balik rumah menjenguknya..malah orang kampung sendiri jarang mengambil berat terhadap jiran sekampung...disebabkan perkara itu kak Limah nie mengalami kemurungan dan akhirnya mengalami masalah mental dan terpaksa dihantar ke hospital pesakit mental....dan jika diperhatikan cerita tersebut..lihatlah antara sebahagian kelakuan-kelakuan kak limah...walaupun kita tengok kelakuan agak kelakar atau 'x bleyh blah' bak kata org sekarang..tetapi jika kita fikir sejenak..adakah kita mahu mak kita jadi macam tu..??

Nie merupakan punca utama penyakit kemurungan ini berlaku...iaitu KURANGNYA PERHATIAN ANAK KEPADA MEREKA...disebabkan anak anak mereka terlalu sibuk sehingga terlupa untuk mengambil tahu dan ambil berat terhadap ibu bapa mereka..mereka bukannya mahukan wang ringgit atau harta benda..mereka hanya memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada anak-anak mereka...

Bukannya sukar..tetapi diri sendiri yang menyukarkan keadaan..kepada anak-anak yang berada jauh daripada ibu bapa mereka..anak-anak perlulah menjenguk selalu atau sekali sekala bersama mereka...paling kuran pun hubungilah mereka..bertanyakan khabar...sekurang-kurannya dapatlah mereka menghilangkan dan mngubat rasa rindu kepada anak mereka..Kepada anak-anak yang mungkin mengalami krisis atau masalah dengan ibu bapa mereka..dinasihatkan jangan lah memanjangkan perkara itu..tak baik..Bersegeralah bertindak dengan meminta maaf..walaupun hakikatnya bukan kita punca masalah tersebut..tetapi..mengalahlah dengan mereka..tidak salah merendahkan atau membuang ego kita demi memperbaiki hubungan yang renggang dengan mereka..

Di zaman sekarang nie..pelbagai kemudahan dan peralatan yang boleh digunakan untuk berhubung..telefon..internet..dan macam-macam lagi..just kita sahaja yang perlu bertindak dan melakukan perkara yang sebaiknya untuk berhubung dengan mereka..Dengan cara itu dapatlah mereka mengetahui keadaan anak-anaknya walaupun berada di tempat yang berasingan...bak kate pepatah..'WALAU JAUH DI MATA, TETAPI DEKAT DI HATI..'

So nie just pendapat dan pandangan daripada aku untuk dikongsi dan difikirkan korang seme...klu korang nak tengok mak korang happy..buatlah dan lakukan langkah yang pertama dengan segera...INGAT..SYURGA ITU TERLETAK DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU..jangan sampai mereka pergi menghadap Penciptanya baru kita sedar dan menyesal x sudah...

Satu lagi aku nak nasihatkan dan berkongsi sengan korang...PE YANG KITA BUAT PADA IBU BAPA KITA HARI INI AKAN BERBALAS SATU HARI NANTI KETIKA KITA SEMUA BERGELAR IBU BAPA SATU HARI NANTI..JIKA BAIK MAKA BAIKLAH BALASANNYA..JIKA SEBALIKNYA..ANDA PAHAM-PAHAM SENDIRI R...

So if korang nak anak-anak korang nanti memberi kesenangan dan kebahagiaan kepada kita nnti..maka kita sekarang perlu berusaha melakukan dan bertindak ke arah itu sekarang...InsyaAllah...Allah tu Maha Adil....

DIKESEMPATAN INI GAK AKU NAK WISH SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA WANITA YANG BERGELAR IBU TERUTAMANYA PADA MAK AKU YANG TERISTIMEWA..SEMOGA MENDAPAT KEBAHAGIAAN YANG DIINGINKAN DAN MENDAPAT TEMPAT YANG MULIA DI SISI ALLAH SWT..AMIN..

Sampai tu jek..
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL...

Assalamualaikum..Adios chao..

Wednesday, May 04, 2011

si PENCURI BESI......

Assalamualaikum n salam sejahtera seme.....

Entry kali nie aku nak membincangkan sedikit mengenai isu semasa yang memang seme orang di Malaysia dah tahu...iaitu kes mencuri besi...

Sejak 5-10 kebelakangan nie..besi-besi buruk sekarang sudah ada harganya..sebab pe..??sbb ada permintaan dan keperluan oleh pihak tertentu..harga besi sekarang agak tggi..bergantung kepada jenis dan beratnya..disebabkan perkara itu ramai r manusia-manusia di Malaysia nie mencari dan mendapatkan apa juga barang/bahan yang berunsurkan besi/logam...

Bagi manusia-manusia yang terlalu taksubkan wang ringgit dan kekayaan duniawi...mereka-mereka ini sanggup berbuat pe saja bagi mencapai cita-citanya itu..MENCURI BESI..MENCURI KABEL...MENCURI BESI RAIL..dan macam2..asalkan berunsurkan besi..mereka SEBAT..!!

Kekadang aku pelik dan hairan r...dorang nie x pikir ke tentang orang len..??masyarakat sekitar dan famili dorang..klu nak kate dia pikirkan tentang diri sendiri..memang ada..tapi menjurus ke arah yang negatif..Dorang wat kerja-kerja mencuri besi nie...memang xpikir langsung pasal orang lain..pikir pasal duit..duit..duit..tu ja dia pikir..pasal orang lain..HARAMMM...

Dorang nie klu buat kerja-kerja mencuri nie klu x menyusahkan ornag lain xpa gak,..nie dok..memang MENYUSAHKAN ORANGG..!! hidup pun menyusahkan orang..mati pun menyusahkan orang...hidup dia just MENYUSAHKAN orang ja kot...

Dorang curi kabel...xpikir ke berapa ramai orang len nak pakai letrik..?? Dorang curi besi rail..xpikir ke berapa ramai yang naik keretapi kat Malaysia nie..??Dan lain-lain lagi..dorang x pikir ke orang len lagi ramai lg nak gunakan kemudahan-kemudahan asas yang berasaskan logam besi nie..??Entah r...manusia sekarang nie...semuanya nak kaya cepat...sampai x pikir orang lain..yang paling dasyat lgi sampai x pikir dosa pahala..azab siksa dari Allah swt nnti..???nauzubillah...

So pikir r wahai pencuri-pencuri besi....klu xnak pikir keselamatan diri sendiri..lu pikir r pasal keselamatan puluhan..ribuan..jutaan penduduk dan masyarakat di Malaysia nie...

k r..tu jek...

Assalamualaikum..adios..chao..=)

Friday, April 29, 2011

XTAW NAK KATE GUANE DAH...

Assalamualaikum n salam sejahtera seme.....

Harinie aku nak bncang sket mengenai lambakan filem2 seram kat tv nieyh..sejak dua menjak tiga menjak nie..asal buka tv jek citer seram..asal buka tv jek citer hantu..da xde citer len ke kat tv nie..???..pagi petang siang malam..senin selasa rabu khamis jumaat sabtu ahad..cukup seminggu..citer hantu..citer seram...naik menyampah da aku tgk..!!

Da kat malaysia nie da xde citer len ke nak buat..??kekadang aku pelik..nape dorang dok agung-agungkan citer hantu citer seram nie..??plek aku..

Pastu..bleyh dikatekan seme citer xmasuk akal lgsung..kekadang leyh buat seseorang tu bleyh terpesong akidah..lebih2 lagi kat budak2 xcukup umur nie..takut nnti disebabkan citer2 nie..budak2 nie terikut2 plak...sbb dorang bukan taw pe sgt..

Memang r klu kite tgk..setiap citer or filem mesti de tulis/siarkan staement nie.."cerita ini hanya rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah mati.." dan "golongan yang berusia 18 tahun kebawah perlu mendapat pengawasan dan penerangan yang baik dari ibu bapa.." (lebih kurang mcm tu r statementnya...)

memang r dak2 nie perlu dapat pengawasan dari ibu bapa..tp tu kalau ibu bapa dia ada skali tgk citer tu..nie klu mak bapa dia x tgk xskali pe cer..???dorang tgk sesama sendiri..xde pengawasan..??pe yang akan berlaku jika semua nie x dipandang serius....ha..! ce explain ce explain...!!

So aku nie bukan r nak 'pangkah' or 'band' citer-citer hantu seram nie..tp nak buat tu berpada2 r dan sebaik-baiknya biarlah de ilmu atau nasihat pengajaran yang berfaedah kepada penonton2 yang menontonnya....lebih baik biar dibuat tapisan dan pantauan dari pihak yang berkenaan terlebih dahulu sebelum disiarkan agar perkara-perkara nie x menjadi faktor kepada keruntuhan akidah umat Islam di Malaysia akan datang...

k r..tu jek..

Assalamualaikum...adios...chao..!! =)