Wednesday, March 25, 2009

PEKEHAL AKU arinie...?tetibe jek dot dot dot...

gambar hiasan jek..

Assalamualaikum n salam sejahtera kpd seme...emm..da lame gler da aku x menyentuh blog aku nie..huhu..bz ngan keje samapai x de mase nak update blog aku nie..emm..arinie aku saje saje jek nak update blog nie..sambil2 tu surve ternet n study r sket..sambil2 surve ternet tu aku ter buka r satu laman nie..aku tertarik r gak nak bace..artikel nie berkisah tentang C.I.N.T.A....
Sebelum tu aku nak beri muqaddimah or briefing sket r mengenai cinta nie..(pada pendapat aku r..)..emm bagi aku kan..cinta nie sesuatu yg lahir dari hati n perasaan n jiwa kite..cinta nie sesuatu yang sangat2 tinggi tarafnya..cinta nie boleyh menjadi sesuatu yg sgt indah dan cinta nie juga boleyh menjadi sesuatu yang sngat menyakitkan..sebenarnye ia bergantung pada individu tu sendiri r cmne nak menjadikan cinta tu indah or x..emm klu dilihat..seme orng tahu pe tu CINTA..seme org tahu cmne nak menyebut perkataan CINTA..seme org tahu cmne nak meluahkan kata-kata cinta..tp kan rmai x yg pasti n yakin adakah cinta itu benar atau x..?cinta itu hakiki ke x..?cinta yang dikejar n dihajati itu dimiliki or tercapai ke x..?emmm...kat bawah nie aku de copy dari ternet yg aku jumpa mngenai pe tu CINTA...:-


Sifat Cinta


Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan


Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia


Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah


Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan


Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki


Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untukdirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui


Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patutdicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup


Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihatcinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci


Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona


Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel danbersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.
Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?


Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri...(betol betol betol..)


p/s : cintailah cinta dengan sebenar-benar cinta...jgn biarkan cinta layu dan pergi begitu sahaja..walaupun kita mencintai sesuatu dengan sbenar2 cinta..tapi x semestinya kita akan memilikinya..kerana cinta adalah sesuatu yang berada di dalam hati, sentiasa memberi dan slalu merasainya..tetapi x semestinya dimiliki..So..cintailah cinta dengan sebenar2nya..dan sebaik2 CINTA itu adalah CINTA kepada yang ESA kerana disitulah terletaknya CINTA yang HAKIKI..=)
dipost by I.j.a.T

3 comments:

  1. hahaha...beranikanlah diri untuk meluahkan..nescaye x kan rugi...kerana dari situ kite dapat tau sape yg betul2 cintakan kite...

    ReplyDelete
  2. to mashi: pe yg tepat..?

    to wahida: hahaha..nak meluahkan pe..?kat sape..?emm..

    ReplyDelete