Friday, April 03, 2009

UNTUK RENUNGAN BERSAMA....

Assalamualaikum wth..n salam sejahtera seme..emm..da lame da aku x update blog aku nieh..emm..tuk entri kali nie..aku nak berkongsi sket cerita nie ngan korang tuk renungan bersama...emm..cerita nie aku ambil dari artikel sinar jumaat kat masjid UMP mase solat jumaat td....cerita nie brkisarkan tentang junjungan besar kita NABI MUHAMMAD sollallahualaihiwasallam...diharapkan kita dapat mengambil iktibar dari apa yg diceritakan di bawah nie..

Air Mata Rasulullah S.A.W

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam."Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah S.A.W menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,"
kata Rasulullah S.A.W. fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti dihadapan Allah?" tanya Rasulullah S.A.W dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril a.s...Tapi itu tenyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" tanya Jibril. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" tanya Rasulullah S.A.W. "Jangan khuatir, wahai Rasul Allah. Aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku : 'Kuharamkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail a.s melakukan tugasnya. Perlahan roh Rasulullah S.A.W ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."

Perlahan Rasulullah S.A.W. mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril a.s memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" tanya Rasulullah S.A.W. kepada malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril a.s. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. "Ya Allah, dasyatnya nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah S.A.W. mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushikum bis sholati, wa maa malakat aimanukum (peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu)." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah S.A.W. yang mulai kebiruan. "Ummati, ummati, ummati?"(umatku, umatku, umatku)...................

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya..?ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD WA BARIK WA SALLIM 'ALAIHI..

berdasarkan artikel di atas nie..kisah mengenai betapa tingginya,betapa bimbangnya, betapa sayangnya junjungan besar kita NABI MUHAMMAD SOLLALLAHUALAIHI WASALLAM kepada kita..umatnya..sehinggakan di waktu baginda menghadapi sakatul maut pun baginda masih memikirkan tentang nasib dan keadaan umatnya kelak..baginda sanggup menanggung segala kesakitan dan kesiksaan maut keatasnya, tetapi tidak keatas umatnya..emm..aku selalu terfikir dan berfikir..klu akulah..pernah x teringat dan memikirkan seperti apa yang Baginda fikirkan..emm..tu r..aku kekadang de gak terfikir..mampukah aku memikirkan nasib saudara seagamaku yang berada di bumi ini sepertimana baginda lakukan..??sedangkan nasib aku sendiri pun aku x dapat nak confirmkan mcmne lepas nie..tp tulah..aku akan cuba sedaya upaya setakat yang aku mampu membantu n menolong diriku, ibubapaku, kaum kerabatku, sahabat2ku dan saudara seagamaku..mudah-mudahan usaha aku diberi ganjaran yang setimpal oleh Allah...

di dalam entri ini juga, aku sengaja menaipkan selawat S.A.W. di setiap selepas nama baginda bertujuan untuk para pembaca entri ini untuk bsama2 bersedekah dan berselawat keatas jujungan besar Nabi Muhammad S.A.W...semoga dengan besedekah dan berselawat ini mudah-mudahan kita mendapat pahala dari Allah dan yang lebih penting mudah-mudahan kita mendapat syafaat yang sangat berguna dari Rasulullah S.A.W. di akhirat kelak...InsyaAllah...amin... ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD WA BARIK WASALLIM 'ALAIHI........ k r..tu jek...assalamualaikum..adios..chao..=)

No comments:

Post a Comment